Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota lebih kecil bagi COE Feb-April

Kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi bulan Februari hingga April akan dikurangkan sekitar tujuh peratus, berbanding suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuota lebih kecil bagi COE Feb-April

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 05:43PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 05:44PM

SINGAPURA: Kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi bulan Februari hingga April akan dikurangkan sekitar tujuh peratus, berbanding suku sebelumnya.

Ini lanjutan kepada trend kuota CEO yang terus dikurangkan.

Kuota COE bagi bulan Februari hingga April adalah 19,055, turun daripada 20,498 dari November hingga Januari, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (14 Jan).

Kategori A, yang diperuntukkan untuk kereta-kereta sehingga 1,600cc serta berkuasa kuda tidak melebihi 97kW akan diberikan kuota COE sebanyak 5,836. Ini berbanding suku sebelumnya iaitu 6,110. Jadi, purata bulanan kuotanya kini adalah 1,945.

Bagi kategori B, iaitu kereta-kereta melebihi 1,600c atau berkuasa kuda maksimum 97kW, akan diberikan kuota 5,898, lebih rendah berbanding 6,071 pada suku sebelumnya.

Kenderaan muatan dan bas dalam kategori C akan diberikan kuota 1,889, dengan purata bulanan sebanyak 629.

Dalam kategori D, bagi motosikal, kuota COE adalah 3,465, turun daripada kuota suku sebelumnya iaitu 4,148. Purata bulanan kuota bagi suku ini adalah 1,155.

Kenderaan dalam kategori terbuka akan diberikan kuota 1,967, dengan purata bulanan sebanyak 655.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan