Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota COE lebih tinggi bagi tempoh Ogos-Oktober

Meskipun dengan dasar pertumbuhan sifar bagi jumlah kereta di Singapura, lebih banyak Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) akan diperuntukkan bagi tiga bulan selanjutnya. Jumlah COE yang diperuntukkan adalah 12.5 peratus lebih tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuota COE lebih tinggi bagi tempoh Ogos-Oktober

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 12 Jul 2018 12:10PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 12:30PM

SINGAPURA: Meskipun dengan dasar pertumbuhan sifar bagi jumlah kereta di Singapura, lebih banyak Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) akan diperuntukkan bagi tiga bulan selanjutnya. Jumlah COE yang diperuntukkan adalah 12.5 peratus lebih tinggi.

Dalam kenyataan medianya hari ini (12 Jul), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa kuota COE bagi bulan Ogos hingga Oktober adalah 27,683 - iaitu purata 9,225 COE setiap bulan.

Ia satu kenaikan berbanding 24,614 COE yang ditawarkan antara bulan Mei hingga Julai.

Kategori A (kereta sehingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda yang tidak melebihi 97kW) akan menyaksikan lonjakan tertinggi dengan kuota sebanyak 3,328 berbanding 2,867 bagi tempoh sebelumya.

COE bagi motosikal juga naik dari 1,053 pada bulan Mei kepada 1,639 pada bulan Julai.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan