Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota COE lebih rendah bagi Mei hingga Julai

Peruntukan kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi tempoh tiga bulan akan datang antara Mei hingga Julai ini dijangka berkurangan sekitar 3.5 peratus berbanding suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2019 01:54PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:59PM

SINGAPURA: Peruntukan kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi tempoh tiga bulan akan datang antara Mei hingga Julai ini dijangka berkurangan sekitar 3.5 peratus berbanding suku sebelumnya.

Kuota COE diperuntukkan bagi tempoh itu adalah 25,347, merosot daripada 26,257 antara Januari hingga April, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Khamis (18 Apr).

Kemerosotan terbesar kuota COE adalah dalam Kategori A untuk kereta-kereta sehingga 1,600 cc dan kuasa maksimum tidak melebihi 97 kiloWatt.

Keseluruhannya 8,546 COE diperuntukkan di bawah Kategori A, kurang 1,355 berbanding suku tahun sebelumnya. Kuota bulanan secara purata adalah 2,848.

Kategori B iaitu bagi kereta melebihi 1,600cc atau kuasa maksimum melebihi 97kiloWatt, memperuntukkan 6,834 COE yakni kurang sedikit berbanding suku sebelumnya. Ini menjadikan kuota bulanan bagi kategori itu sebanyak 2,278.

Kategori C atau kenderaan muatan dan bas akan diperuntukkan 2,337 COE dengan kuota bulanan purata sebanyak 779.

Bagi Kategori D untuk motosikal pula, kuota COE yang diperuntukkan adalah 5,383, naik daripada 4,953 pada suku lalu. Kuota bulanan adalah 1,794.

Kuota COE yang diperuntukkan bagi kenderaan Kategori Terbuka pula adalah 2,247 dengan purata kuota bulanan sebanyak 749.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan