Images
  • NS national service army
    (Gambar fail: TODAY)

Kumpulan pertama NSmen selesai jalani ICT ditunda dek COVID-19

SINGAPURA: Latihan tentera di kem pada umumnya ditangguhkan akibat COVID-19.

Namun sekumpulan anggota kerahan NSmen baru sahaja selesai menjalani latihan selama dua minggu di dalam kem.

Mereka terdiri daripada sekitar 580 anggota unit Guard 735 iaitu unit pertama yang dipanggil untuk operasi keselamatan dalam negeri sejak pandemik COVID-19.

Walaupun dikerahkan di tengah-tengah pandemik, para anggota kerahan terbabit mengatakan mereka menerima sokongan daripada keluarga masing-masing.

Sebelum dipanggil untuk menjalani latihan, mereka sentiasa berhubungan dengan satu sama lain menerusi WhatsApp.

Langkah-langkah jarak selamat dilaksanakan, dengan alat simulasi menembak digunakan buat pertama kalinya.

Ia melibatkan penggunaan peluru hidup dan membantu para anggota membuat keputusan sama ada untuk melepaskan tembakan atau meredakan keadaan.

Latihan tentera seumpama ini mungkin berguna untuk sekitar 440 anggota kerahan yang dikerahkan ke lokasi-lokasi seperti Pulau Jurong.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/AI/tq

Top