Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan pertama jemaah Haji S'pura berangkat pada 30 Julai

Seramai 900 jemaah Singapura menunaikan ibadah haji tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kumpulan pertama jemaah haji dari Singapura akan berangkat ke Arab Saudi pada 30 Julai ini.

Kumpulan terakhir dijadual berangkat pada 16 Ogos.

Demikian didedahkan oleh Ketua Delegasi bagi Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura, yang juga Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Encik Mohd Alami Musa.

(Gambar-gambar: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

(Gambar-gambar: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

Turut hadir di sesi taklimat itu ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, Mufti Negara Dr Mohd Fatris Bakaram, Ketua Eksekutif MUIS Encik Razak Hassan Maricar dan Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad Salleh Ibrahim AlSaleh.

22 ANGGOTA PASUKAN HAJI DIHANTAR BAGI PANTAU KEBAJIKAN JEMAAH

Selain daripada Encik Alami yang dilantik mengetuai delegasi Singapura, sebuah pasukan yang terdiri daripada 22 anggota turut akan dihantar menyertai delegasi tersebut bagi memantau kebajikan mereka.

Pasukan daripada Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura ini antaranya terdiri daripada dua pegawai Haji dari MUIS, 10 pegawai jururawat, dan lima penolong pegawai Haji, kesemuanya relawan.

“Kadar pasukan ini bergantung kepada jumlah jemaah Haji Singapura dan pemantauan kami atas keadaan dan situasi semasa,” kata Encik Alami.

MAKLUMAT TERKINI DISEDIAKAN DI MEDIA SOSIAL

Pasukan Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura juga akan memuatnaikkan gambar-gambar serta maklumat pergerakan jemaah Haji Singapura di laman Facebook dan Instagram - Haj.SG

Wadah ini disediakan bagi keluarga di Singapura mengikuti perkembangan jemaah semasa mereka menjalankan ibadah haji nanti.

Kesemua 900 tempat yang diperuntukkan di bawah kuota rasmi Haji Singapura dipenuhi. 90% daripada mereka merupakan jemaah Haji kali pertama.

Kumpulan pertama jemaah dijadual pulang ke Singapura pada 29 Ogos, manakala kumpulan terakhir akan tiba di Singapura pada 16 September.  

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan