Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kukuhkan simpanan anda bagi persaraan yang lebih bermakna

Bagi para pencarum CPF, wang yang disumbangkan ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sepanjang tempoh bekerja itulah yang akan menjadi simpanan bagi meniti usia senja.

Anggaran Waktu Membaca:
Kukuhkan simpanan anda bagi persaraan yang lebih bermakna

Gambar hiasan. (Gambar: CPF)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 12:14AM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 09:24AM

SINGAPURA: “Usia masih muda. Buat apa rancang persaraan sekarang?”

Jawapannya, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitu juga dengan simpanan kita. Jika kita mula menabung sejak usia muda lagi - sedikit-sedikit lama-kelamaan banyak jumlahnya dan dapat dimanfaatkan selepas bersara kelak.

Bagi para pencarum CPF, wang yang disumbangkan ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sepanjang tempoh bekerja itulah yang akan menjadi simpanan bagi meniti usia senja dengan penuh bermakna.

Seperti salah seorang pencarum CPF, Encik Ramlee Ahmad, yang sudah mula bekerja dalam industri Makanan dan Minuman (F&B) sejak berusia 20 tahun.

Encik Ramlee, yang kini berusia 65 tahun, malah masih mahu bekerja dalam industri tersebut selagi mampu untuk terus kekal aktif.

Ini bermakna, selagi beliau dapat terus bekerja, beliau masih belum menerima bayaran bulanan CPF. Ini juga bermakna, Encik Ramlee dapat meraih manfaat daripada kadar faedah yang lebih tinggi selagi wang persaraannya belum dikeluarkan.

Apabila Encik Ramlee bersara nanti, beliau akan menerima pembayaran bulanan CPF sekitar S$1,200 di bawah ‘Retirement Sum Scheme’ atau Skim Jumlah Persaraan (RSS). Isteri beliau, yang juga masih bekerja, bakal menerima bayaran bulanan kira-kira S$1,000 apabila bersara kelak.

Di bawah Skim Jumlah Persaraan, Encik Ramlee akan menerima pembayaran bulanan itu sehingga beliau mencecah usia 90 tahun.

“Sekali dengan pembayaran CPF isteri, kami akan menerima lebih S$2,000 sebulan apabila kami memutuskan untuk tidak bekerja lagi. Jumlah itu tidaklah begitu besar tetapi ia mencukupi untuk kami kerana kami menjalani kehidupan yang serba sederhana,” kata bapa tiga anak, yang semuanya sudah dewasa.

Dengan pembayaran bulanan CPF itu nanti, Encik Ramlee berharap dapat menikmati sisa hidupnya bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta.

“Selepas bersara, saya mahu menikmati lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Yang penting adalah saya kekal sihat dan gembira,” ujar Encik Ramlee, yang mempunyai lima cucu.

MAKIN RAMAI MENOKOK AKAUN CPF

Selain itu, tahukah anda, semakin ramai orang yang membuat tokokan ke dalam akaun CPF mereka. Ini termasuk peningkatan 70 peratus tokokan yang dibuat oleh pencarum berusia bawah 35 tahun!

Dalam tiga suku pertama 2020 sahaja, lebih 198,000 tokokan bernilai S$1.81 bilion dibuat oleh para pencarum CPF di bawah Skim Persaraan Caruman Tambahan atau ‘Retirement Sum Topping Up Scheme’ (RSTU).

Ini sekali gus menunjukkan bahawa semakin ramai pencarum CPF mengambil langkah aktif untuk menabung bagi persaraan mereka kelak.

Menerusi RSTU, anda atau keluarga anda akan dapat menikmati bayaran bulanan yang lebih tinggi dan/atau bagi jangka yang lebih panjang.

Jika anda pencarum yang berusia bawah 55 tahun, tokokan boleh dilakukan menerusi pemindahan CPF atau secara tunai ke dalam Akaun Khas (SA) anda sendiri dan/atau anggota keluarga anda sehingga ia mencecah ‘Full Retirement Sum’ atau Jumlah Penuh Persaraan (FRS).

Jika anda pencarum yang berusia 55 tahun dan ke atas, anda boleh memilih untuk membuat tokokan ke dalam Akaun Persaraan (RA) sehingga ia mencecah ‘Enhanced Retirement Sum’ atau Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS).

CPF LIFE SOKONGAN SEPANJANG HAYAT

Satu lagi skim persaraan CPF adalah Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia atau CPF LIFE. Ia adalah skim anuiti insurans lanjut usia yang menawarkan bayaran yang meningkat dari tahun ke tahun. Ia amat berguna untuk menampung kos kesihatan pada usia senja.

Berbeza dengan RSS, bayaran bulanan CPF LIFE adalah sepanjang hayat.

Sekiranya anda dilahirkan pada tahun 1958 dan seterusnya serta mempunyai sekurang-kurangnya S$60,000 dalam Akaun Persaraan anda sebelum mencecah usia 65 tahun, secara automatik anda diletakkan di bawah CPF LIFE.

CPF akan menghubungi anda untuk menjelaskan lebih lanjut tentang pilihan-pilihan yang tersedia untuk anda.

Jika anda dilahirkan sebelum tahun 1958, anda boleh memilih untuk menyertai CPF LIFE pada bila-bila masa dari usia 65 tahun sebelum usia anda mencecah 80 tahun.

Ketahui bagaimana CPF menyokong perancangan masa depan anda. Perinciannya boleh didapatkan di cpf.gov.sg/BeReady

(Rencana ini adalah iklan dari Tabung Simpanan Pekerja (CPF) 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan