Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kucing mati ditemui di Blok 147 Yishun, berkemungkinan didera

Satu kes penderaan kucing berlaku di Yishun hari ini (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing mati ditemui di Blok 147 Yishun, berkemungkinan didera

Gambar-gambar yang tersebar di internet menunjukkan seekor kucing berlumuran darah. (Gambar: Yishun 326 Tabby cat/Facebook)

Diterbitkan : 21 Feb 2018 03:59PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 04:02PM

SINGAPURA: Satu kes penderaan kucing berlaku di Yishun hari ini (21 Feb).

Menurut laman Facebook 'The Yishun 326 Tabby cat', yang dikendalikan sekumpulan relawan yang menyelamat dan merawat kucing-kucing terbiar, ia menerima laporan tentang seekor kucing yang ditemui mati di Block 147 Yishun.

Gambar-gambar menunjukkan kucing tersebut terbaring kaku berdekatan tembok, dengan kakinya dalam posisi yang aneh di mana ia kelihatan seolah-olah terpintal. Kesan darah juga kelihatan di lantai berdekatan kucing tersebut dan berdekatan tangga, tidak jauh dari tempat kucing itu.

Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) memberitahu Mediacorp ia dimaklumkan tentang kes yang berkemungkinan besar kes penderaan oleh seorang relawan.

Kucing itu ditemui mati berdekatan tangga pada pagi Rabu (21 Feb), kata Cik Laura Ann Meranda, Pengarah Eksekutif CWS.

"Posisi kucing dan kecederaannya mengarah kepada kes penderaan," katanya yang menambah Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sudah mula menjalankan siasatan.

"AVA sudah memulakan siasatan dan akan menentukan sama ada kucing yang mati itu haiwan peliharaan yang sedang berkeliaran," jelas Cik Laura.

"Kami menasihati semua pemilik haiwan peliharaan supaya memastikan haiwan mereka sentiasa berada dalam rumah kerana ini satu-satunya cara bagi mengelakkan kes penderaan di tempat-tempat yang tidak banyak dilalui orang ramai," tambah beliau.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan