Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kucing 'bukan manusia', kata lelaki yang aniaya kucing di Ang Mo Kio; dia kini dijel

Leow Wei Liang, 37 tahun, mengalami gangguan spektrum autisme dan personaliti antisosial lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing 'bukan manusia', kata lelaki yang aniaya kucing di Ang Mo Kio; dia kini dijel

Kucing yang dianiaya di Ang Mo Kio. (Gambar: Ang Mo Kio South Caregivers and Feeders)

Diterbitkan : 15 Jul 2021 08:44PM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 08:47PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menganiaya tujuh kucing kerana mempunyai alahan kepada bulunya dan menganggap tidak salah untuk mencederakannya kerana ia hanya haiwan, hari ini (15 Jul) dipenjara 12 minggu.

Leow Wei Liang, 37 tahun, mengalami gangguan spektrum autisme dan personaliti antisosial lain. Namun penilaian Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati kesalahan-kesalahannya itu dilakukan terbit daripada keinginan untuk menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan pada haiwan "hanya untuk memuaskan hati dan menghiburkan dirinya".

Leow mengaku bersalah atas tiga tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan, dengan lagi empat tuduhan diambil pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa beberapa kucing masyarakat dijumpai cedera dalam tempoh sebulan di estet perumahan Ang Mo Kio. Seorang penyiasat Lembaga Taman Negara menerima maklum balas tentang insiden mengelar kucing antara 25 April dengan 23 Mei.

Leow dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab atas serangan-serangan tersebut. Dia mengaku menggunakan pisau lipat yang dibeli pada April untuk mencederakan tujuh kucing.

Leow berkata dia mula terfikir hendak mengelar kucing tahun ini kerana berasa "alah pada bulunya dan mahu berseronok memandangkan kucing-kucing itu adalah haiwan jalanan dan bukan manusia", menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Dia akan mendekati kucing-kucing itu sebelum mengeluarkan senjata tersebut dan mengelar badannya.

Antara mangsanya ialah seekor kucing berwarna putih dengan tompok-tompok kelabu bernama Miki, seekor kucing hitam bernama Kopi, seekor kucing kelabu bernama Milo, seekor kucing bertompok hitam coklat bernama Daughter, seekor kucing calico bernama Mummy, seekor kucing kelabu bernama Dino dan seekor kucing hitam bernama Boyboy.

Kucing-kucing itu mengalami luka pada bahagian perut dan bahagian antara tulang rusuk dan punggung hingga "luka besar kulit terlapah" pada bahagian belakang badannya.

Leow diperiksa sebanyak tiga kali di IMH pada bulan Jun dan didiagnosis dengan gangguan spektrum autisme serta isu personaliti antisosial.

"Penilaian IMH itu mendapati perbuatan kejamnya bukan disebabkan sebarang kesukaran memahami akibat daripada tindakannya. Sebaliknya ia hanya disebabkan keinginannya untuk semata-mata menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan ke atas haiwan-haiwan tersebut untuk memuaskan hati dan menghiburkan diri," kata pendakwa raya NParks.

Ahli psikiatri mendapati kesalahan itu pada asasnya didorong oleh sikap antisosial Leow dan bukan gangguan spektrum autisme. Dia didapati mampu membuat pengakuan dan waras.

Hakim memutuskan hukuman penjara Leow bermula 9 Jun lalu, iaitu kali pertama dia ditahan reman.

Bagi setiap kesalahan kejam terhadap haiwan, dia boleh dipenjara sehingga 18 bulan, didenda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan