Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kru SIA langgar prosedur keselamatan di Hong Kong; penerbangan tertangguh 3 jam

Pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Hong Kong yang menuju ke Singapura pada 26 Februari lalu mengalami kelengahan selama tiga jam sebelum ia berlepas. Ini kerana beberapa orang kakitangan kabin didapati melanggar prosedur keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kru SIA langgar prosedur keselamatan di Hong Kong; penerbangan tertangguh 3 jam

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 08 Mar 2018 11:59AM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 12:03PM

SINGAPURA: Pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Hong Kong yang menuju ke Singapura pada 26 Februari lalu mengalami kelengahan selama tiga jam sebelum ia berlepas. Ini kerana beberapa orang kakitangan kabin didapati melanggar prosedur keselamatan.

Ini menurut jurucakap Lapangan Terbang Hong Kong semasa menjawab pertanyaan Mediacorp semalam (7 Mac).

Pesawat SQ861 dijadual berlepas pada 3.45 petang tetapi sebaliknya berlepas pada 6.20 petang kerana para penumpang dan kakitangan kabin dikehendaki turun dan menjalani pemeriksaan keselamatan sekali lagi.

Menurut jurucakap lapangan terbang itu, lima kakitangan kabin memasuki kawasan larangan di dewan keberangkatan "tanpa membawa permit dan menjalani pemeriksaan keselamatan".

Penguasa Lapangan Terbang Hong Kong menyatakan bahawa pihak keselamatannya melaporkan bahawa tiga kakitangan pesawat SQ861 melanggar prosedur keselamatan sekitar 3.40 petang pada 26 Februari.

"Ia kemudian didapati bahawa dua lagi kakitangan pesawat yang sama turut memasuki dewan keberangkatan tanpa permit ataupun menjalani pemeriksaan keselamatan dan kemudian menaiki pesawat," kata jurucakap itu.

"Selepas kes itu selesai dihuraikan, pesawat itu berlepas pada sekitar 6.20 petang," tambahnya.

Dalam responnya kepada pertanyaan MediaCorp, SIA menyatakan bahawa kakitangan pesawat itu dikehendaki membantu pihak-pihak berkuasa lapangan terbang berhubung satu siasatan yang dijalankan tetapi tidak pula memberikan respons mengenai motif di sebalik siasatan tersebut.

Berikut respons daripada jurucakap SIA:

"Pesawat SQ861 dari Hongkong menghala ke Singapura mengalami kelengahan pada 26 Februari 2018 kerana beberapa orang kakitangan yang bertugas dalam pesawat itu dikehendaki membantu pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu siasatan. Ini menyebabkan pemeriksaan keselamatan tambahan yang memerlukan para penumpang turun pesawat. Selepas pemeriksaan selesai, para kakitangan dibenarkan bertugasi seperti biasa dan para penumpang menaiki semula pesawat tersebut sebelum ia berangkat dari Hong Kong sekitar 6.20 petang waktu tempatan." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan