Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Koufu bertemu penjaja makanan Jurong West bagi bayaran pulangan dulang

Hawker Management bertemu sekurang-kurangnya enam penjaja dari Pusat Penjaja Jurong West pada Selasa (16 Okt) yang menandatangani satu petisyen menuntut supaya disingkirkan bayaran bagi program pulangan dulang.

Anggaran Waktu Membaca:
Koufu bertemu penjaja makanan Jurong West bagi bayaran pulangan dulang

Pusat Penjaja Jurong West. (Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 10:24PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 10:27PM

SINGAPURA: Hawker Management bertemu sekurang-kurangnya enam penjaja dari Pusat Penjaja Jurong West pada Selasa (16 Okt) yang menandatangani satu petisyen menuntut supaya disingkirkan bayaran bagi program pulangan dulang.

Anak syarikat perusahaan sosial di bawah Koufu Group yang mengendalikan pusat penjaja makanan sudah menerima beberapa aduan daripada para penjaja yang perlu membayar untuk program memulangkan dulang yang memberi ganjaran kepada para pelanggan sebanyak S$0.20 bagi setiap dulang yang dipulangkan.

Petisyen tersebut, yang dihantar pada Ogos kepada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), meminta dimansuhkan bayaran yang dikenakan terhadap pemilik kedai, yang berjumlah ratusan dolar sebulan.

Daripada 34 kedai makanan di Pusat Penjaja Jurong West, 12 sudah menandatangani petisyen.

Ketua pegawai pembangunan Koufu David Yang memberitahu Mediacorp pada Selasa (16 Okt) bahawa mesyuarat itu, yang berjalan selama lebih sejam, adalah "baik" dan "produktif".

Tiada sesiapa yang menunding jari, katanya.

Hawker Management turut menyatakan dalam satu kenyataan bahawa program memulangkan dulang sudah mengurangkan bayaran pembersihan di pusat penjaja itu kerana, pekerja pembersihan yang digajikan berkurangan.

Pada harga S$1,100, bayaran pembersihan di Pusat Penjaja Jurong West adalah antara yang paling rendah di kalangan pusat penjaja perusahaan sosial.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan