Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos tambahan basikal diletak sebarangan 'mungkin jejas' pulangan wang cengkeram pengguna

Yuran yang dikenakan LTA terhadap oBike mungkin menjejas dana sedia ada bagi dipulangkan kepada para pengguna

Anggaran Waktu Membaca:
Kos tambahan basikal diletak sebarangan 'mungkin jejas' pulangan wang cengkeram pengguna

Basikal oBike yang ditinggalkan di tepi pejalan kaki.

Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:16PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 08:21PM

SINGAPURA: Yuran yang dikenakan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) terhadap oBike, sekiranya ia gagal menuntut semula basikal-basikalnya di merata tempat menjelang tarikh akhir esok (4 Jul), mungkin menjejas dana sedia ada bagi dipulangkan kepada para pengguna.

Demikian menurut pengerusi syarikat basikal sewa itu, Encik Shi Yi.

Dalam jawapannya menerusi emel terhadap pertanyaan pihak Mediacorp, Encik Shi berkata syarikatnya berharap LTA tidak akan mengenakan cukai mengangkut dan menyimpan basikal-basikal tersebut sekiranya oBike gagal menuntutnya semula. Ini memandangkan "tumpuan syarikat sekarang adalah pulangan wang cengkeram kepada para pengguna.

Menurut Encik Shi lagi, oBike sudahpun mula mengumpulkan semula basikal-basikalnya di Singapura dan sedang bekerja rapat dengan LTA.

Sejak oBike mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di Singapura, kesemua 70,000 basikalnya ditinggalkan di kawasan-kawasan awam di merata Singapura.

Sementara itu, para pengguna oBike sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang cengkeram wajib iaitu $19 bagi golongan pelajar dan $49 bagi para pengguna lain. Encik Shi mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan wang cengkeram yang perlu dipulangkan berjumlah AS$4.6 juta ($6.3 juta) dan beliau menekankan bahawa oBike sedang "secara proaktif mencari huraian bagi memulakan <<prosess>>proses pemulangan."

Beliau menambah bahawa keputusan syarikat untuk menghentikan operasi di sini dibuat oleh panel pengarah dan para pemegang saham syarikat oBike.

Selain itu, Encik Shi menambah bahawa oBike mungkin menimbangkan untuk menyambung semula operasi di Singapura sekiranya "peraturan-peraturannya adalah mesra perniagaan" atau oBike mempunyai "pelan perniagaan baru" yang memenuhi keperluan-keperluan LTA bagi lesen operasi.

Menurut oBike, ia menghentikan operasi di sini kerana kesukaran memenuhi ketetapan-ketetapan baru yang dikuatkuasakan LTA bagi menangani peletakan basikal sebarangan. 

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan