Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos penjagaan berkesan, mampan boleh dicapai menerusi teknologi dan inovasi - Edwin Tong

Kadar kesuburan yang rendah dan penduduk kian menua di Singapura memberi tekanan kepada sektor penjagaan kesihatan negara ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2019 08:00PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 11:16PM

SINGAPURA: Kadar kesuburan yang rendah dan penduduk kian menua di Singapura memberi tekanan kepada sektor penjagaan kesihatan negara ini.

Namun Menteri Negara Kanan Kesihatan, Edwin Tong berkata kos penjagaan yang berkesan dan mampan boleh dicapai menerusi teknologi dan inovasi.

Berucap di Kongres Pengurusan Penjagaan Kesihatan Singapura, beliau berkata pesakit akan terus menjadi tumpuan utama dalam transformasi penjagaan kesihatan Singapura.

Di kongres anjuran SingHealth itu, para peserta boleh bertukar-tukar idea inovasi dan pendigitalan dalam sektor jagaan kesihatan.

Encik Tong berkata inovasi dalam pengurusan rantaian bekalan boleh memastikan kos dapat dikawal.

Penggunaan teknologi pula, tambahnya, boleh meningkatkan daya penghasilan para pekerja jagaan kesihatan.

Encik Tong juga menekankan bahawa penggunaan teknologi bukan untuk menggantikan para pekerja jagaan kesihatan.

Sebaliknya, ia membolehkan para pekerja memberi penjagaan lebih bermutu kepada pesakit-pesakit.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan