Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Korea Utara berpotensi jadi 'negara hebat', kata Trump

Menjawab pertanyaan media, Presiden Trump turut mendedahkan bahawa beliau yakin Encik Kim komited untuk melaksanakan syarat-syarat yang dipersetujui.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara berpotensi jadi 'negara hebat', kata Trump

Presiden Donald Trump.

Diterbitkan : 12 Jun 2018 06:53PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 06:58PM

SINGAPURA: Korea Utara berpotensi menjadi sebuah 'negara hebat', menurut Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sambil menegaskan bahawa 'tiada batas' kepada apa yang boleh dilakukan oleh negara itu jika ia melucutkan senjata nuklear dan mendakapi perdagangan.

Presiden Trump berkata demikian kepada para wartawan semasa beliau menggulung sidang puncak bersejarah dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura pada Selesa (12 Jun).

Beberapa jam sebelum itu, kedua-dua pemimpin menandatangani dokumen bersama di mana Encik Kim mengesahkan 'komitmen teguhnya untuk melucutkan sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjung Korea'.

Encik Trump juga komited untuk menawarkan jaminan keselamatan kepada Korea Utara, tanpa memberikan perincian mengenai jaminan tersebut.

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk mewujudkan keamanan yang 'berkekalan dan stabil' di Semenanjung Korea.

Menurut Presiden Trump, rundingan dengan Encik Kim diadakan secara 'jujur, jelas dan produktif'.

Menurut Presiden Amerika Syarikat itu, Selasa (12 Jun) menjadi titik permulaan kepada 'proses yang sulit dan rumit' tetapi 'demi keamanan, usahanya amat berbaloi'.

Encik Kim bersetuju untuk memusnahkan tapak ujian nuklear setelah menandatangani perjanjian, kata Presiden Trump.

Presiden Trump menambah bahawa Pemimpin Korea Utara itu "mempunyai peluang untuk diingati sebagai pemimpin yang membuka lembaran baru kepada keamanan dan kemakmuran bagi rakyatnya".

Menjawab pertanyaan media, Presiden Trump turut mendedahkan bahawa beliau yakin Encik Kim komited untuk melaksanakan syarat-syarat yang dipersetujui.

Di majlis pemeteraian perjanjian tersebut, Presiden Trump turut mendedahkan bahawa beliau dan Encik Kim sudah 'menjalin hubungan yang istimewa'. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan