Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kopi durian lulus ujian keselamatan makanan, menurut AVA

AVA menyatakan ia mengambil sampel produk yang ditarik balik penjualannya itu untuk menjalankan ujian keselamatan makanan dan semuanya lulus ujian.

Anggaran Waktu Membaca:
Kopi durian lulus ujian keselamatan makanan, menurut AVA

Syarikat terbabit menyatakan bahawa paket kopi yang diberi kepada mangsa sudah diubah. (Gambar: Mycafe Penang Durian White Coffee/Facebook)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 08:22PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 08:23PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) Singapura membenarkan kopi berjenama Coffee Tree MyCafe 4-in-1 Penang Durian White Coffee dijual semula di negara ini setelah ia menjalankan beberapa ujian ke atas sampel kopi pracampuran itu.

Menerusi laman Facebooknya hari ini (28 Feb), AVA menyatakan ia mengambil sampel produk yang ditarik balik penjualannya itu untuk menjalankan ujian keselamatan makanan dan semuanya lulus ujian.

AVA juga mengikuti perkembangan dari pihak berkuasa Malaysia, yang menyatakan bahawa produk yang menyebabkan tujuh orang diuji positif dadah selepas meminumnya, didapati telah dibuka dan tiada bukti menunjukkan pencemaran pada rangkaian produk utama tersebut, menurut AVA.

Lantaran itu, AVA menyerahkan semula produk-produk tersebut kepada pengimportnya hari ini, menurut AVA.

Penjualan kopi itu ditarik balik pada 3 Februari "sebagai langkah berjaga-jaga", sementara AVA meminta fakta kes dari rakan penguasa di Malaysia.

Pada 4 Februari, dua lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mereka berasa pening dan mual selepas meminum kopi itu.

Awal dari itu, lima individu termasuk dua wanita dirawat di hospital yang sama, mengalami keletihan melampau setelah mendakwa mereka meminum "kopi durian".

Kesemua tujuh orang dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diuji dan keputusan sampel darah serta air kencing dua daripadanya disah positif syabu atau methamphetamine.

Sebelum ini polis Pulau Pinang menyatakan mereka sedang memburu seorang wanita yang dipercayai mengedar kopi yang diminum oleh tujuh mangsa itu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan