Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kontrak lebih $930 juta bagi pembinaan laluan RTS JB-S'pura diberi kepada Penta-Ocean

Penta-Ocean Construction diberikan salah satu daripada dua kontrak sivil bagi pembinaan Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kontrak lebih $930 juta bagi pembinaan laluan RTS JB-S'pura diberi kepada Penta-Ocean

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 07:58PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 08:01PM

SINGAPURA: Penta-Ocean Construction diberikan salah satu daripada dua kontrak sivil bagi pembinaan Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (26 Nov).

Kontrak bernilai S$932.8 juta itu merangkumi pembinaan stesen Woodlands North laluan RTS, terowong dan bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Singapura.

Kerja-kerja pembinaan laluan RTS dijangka bermula pada suku pertama 2021 dan khidmat penumpang dijangka bermula pada penghujung 2026, menurut LTA.

Kontrak sivil kedua bagi projek itu, yang termasuk pembinaan jejambat laluan RTS akan diberikan pada suku pertama 2021.

"Penta-Ocean Construction mempunyai pengalaman yang luas dalam projek-projek infrastuktur dan binaan di Singapura," menurut LTA.

Syarikat itu kini melakukan kerja-kerja binaan stesen-stesen Bright Hill dan Orchard di Laluan Thomson-East Coast (TEL). Sebelum ini, ia juga terlibat dalam pembinaan stesen Woodlands North di Laluan Thomson-East Coast dan stesen Bendemeer di Laluan Downtown.

Laluan RTS merupakan khidmat kereta api ulang-alik antara terminal Singapura di stesen Woodlands North dan terminal Malaysia di stesen Bukit Chagar di Johor Bahru.

Ia dapat menyokong kapasiti maksimum 10,000 penumpang setiap jam dari setiap hala tuju.

"Bagi memudahkan pengalaman perjalanan yang lancar, kemudahan CIQ akan terletak bersama di stesen Woodlands North dan Bukit Chagar," menurut LTA.

"Para penumpang perlu melepasi kedua-dua pihak berkuasa imigresen Singapura dan Malaysia hanya sekali di tempat pelepasan."

Sebaik tiba di Singapura, para penumpang boleh meneruskan perjalanan dengan menukar ke stesen Woodlands North di Laluan Thomson-East Coast.

"Apabila operasi dijalankan, laluan RTS akan mempertingkatkan ketersambungan antara Singapura dengan Johor Bahru dan bantu mengurangkan kesesakan di Koswe," menurut LTA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan