Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konsultan runcit dijel 18 minggu; jual butiran pelanggan Singtel

 Apabila seorang kenalan meminta bantuannya untuk mendapatkan butiran pelanggan Singtel, seorang konsultan runcit yang bekerja dengan anak syarikat telko tersebut pada awalnya berkata bahawa dia akan "menimbangkannya" kerana dia tahu ia adalah satu kesalahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsultan runcit dijel 18 minggu; jual butiran pelanggan Singtel

Kelvin Foo Cheek Ann. (Gambar: TODAY/Nuria Ling)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 02:18PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 02:22PM

SINGAPURA: Apabila seorang kenalan meminta bantuannya untuk mendapatkan butiran pelanggan Singtel, seorang konsultan runcit yang bekerja dengan anak syarikat telko tersebut pada awalnya berkata bahawa dia akan "menimbangkannya" kerana dia tahu ia adalah satu kesalahan.

Bagaimanapun, dia kemudian mengenakan bayaran S$20 bagi setiap maklumat pelanggan yang diberikannya. Dia mengakses sistem Singtel sebanyak 15 kali untuk memperolehi maklumat pelanggan secara haram. Para pelanggan kemudian diganggu dengan panggilan, kiriman mesej atau individu yang datang ke rumah mereka untuk menuntut wang.

Kelvin Foo Cheek Ann, yang bekerja sebagai konsultan runcit di sebuah cawangan Singtel di Parkway Parade ketika melakukan kesalahan itu dihukum penjara selama 18 minggu pada Selasa (26 Jan).

Lelaki berusia 32 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan menerima rasuah dan lima tuduhan mengakses sistem Singtel secara haram, dengan 10 lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Foo bekerja di Telecom Equipment, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Singtel Mobile Singapore. Dia menjual pelan telefon bimbit dan khidmat jalur lebar kepada para pelanggan dan mengenali seorang lagi tertuduh, Lee Cheng Yan.

Pada sekitar 2015, Lee - yang didapati bersalah dalam kes berprofil tinggi kerana mengheret seorang pegawai polis trafik dengan keretanya - meminta bantuan Foo untuk memperolehi maklumat pelanggan.

Dia menawarkan Foo S$20 bagi setiap nombor telefon bimbit yang diperiksa. Pada awalnya Foo berkata dia akan menimbangkan tawaran tersebut tetapi akhirnya bersetuju untuk berbuat demikian.

Memandangkan dia boleh mengakses sistem Singtel, dia mendaftar masuk dan menggunakan aksesnya untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan Singtel dan menyerahkannya kepada Lee berdasarkan nombor telefon yang diberikan oleh Lee.

Semua mangsa dilaporkan diganggu, dengan sebilangan daripada mereka menerima panggilan atau kiriman mesej dan ada juga yang berdepan dengan individu yang datang ke rumah mereka untuk menuntut wang.

Foo memperolehi akses bagi sistem Singtel secara haram antara 2014 dengan Julai 2017, menerima wang sogok sebanyak S$180 daripada Lee, dengan para mangsa termasuk bekas teman wanita Lee.

Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya dan berdepan dengan beberapa tuduhan lain, termasuk tuduhan yang bersangkut paut dengan kes Foo.

Perbicaraan kesnya dijangka bermula pada Mac. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan