Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konduktor muzik dan penggubah lagu Wong Kah Chun cipta nama di persada antarabangsa

Kejayaan konduktor muzik dan penggubah lagu Wong Kah Chun mencipta nama di persada antarabangsa disebut PM Lee di Rapat Hari Kebangsaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Konduktor muzik dan penggubah lagu Wong Kah Chun cipta nama di persada antarabangsa
Diterbitkan : 21 Aug 2018 08:52PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 08:56PM

SINGAPURA: Kejayaan konduktor muzik dan penggubah lagu Wong Kah Chun mencipta nama di persada antarabangsa disebut PM Lee di Rapat Hari Kebangsaan, Ahad lalu (19 Ogos).

Kah Chun berkata peluang-peluang yang diberikan kepadanya semasa bersekolah dulu serta kerja keras adalah rahsia kejayaannya.

Semangatnya dalam bidang muzik memang terserlah.

Maka tidak hairanlah Kah Chun berjaya memenangi Peraduan Konduktor Muzik Gustav Mahler Antarabangsa di Jerman.

Minatnya dalam muzik bermula sejak dari sekolah rendah lagi apabila guru menggalakkannya menyertai pancaragam sekolah.

Beliau akhirnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muzik di NUS.

Ibu bapanya sering beri dorongan asalkan beliau bersungguh-sungguh mengejar impian dalam bidang muzik.

Untuk mendedahkan lebih ramai kanak-kanak kepada muzik, Wah Chun kini menyumbang kepada Projek Infinitude.

Sejak setahun lalu, beliau menyumbang tenaga kepada murid-murid pra sekolah Child at Street 11 untuk menyuntik minat kanak-kanak kepada muzik pada usia yang muda.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan