Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kompleks S$768 juta di Pulau Jurong jamin bekalan makanan haiwan

Sebuah kilang yang akan mengukuhkan lagi jaminan bekalan makanan di rantau ini dilancarkan secara rasmi hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:12PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:02PM

SINGAPURA: Sebuah kilang yang akan mengukuhkan lagi jaminan bekalan makanan di rantau ini dilancarkan secara rasmi hari ini (18 Jun).

Kompleks bernilai $768 juta itu oleh pengilang bahan kimia Jerman, Evonik Industries, menghasilkan metionina iaitu bahan penting untuk menternak haiwan yang lebih sihat.

Kompleks itu juga akan mewujudkan lebih 100 pekerjaan bagi sektor tenaga dan bahan kimia di negara ini.

Permintaan bagi daging dan makanan laut di Asia dijangka akan meningkat sebanyak 78 peratus menjelang 2050.

Bagi memastikan haiwan-haiwan diternak kekal sihat dan sesuai untuk dimakan, sejenis asid amino boleh ditambahkan.

Lantaran itu, firma bahan kimia Jerman Evonik meluaskan operasinya ke Singapura setelah melancarkan kilang bahan tambahan itu hari ini (18 Jun).

Dengan pelaburan lebih $1.5 bilion di Singapura, kompleks itu adalah pelaburan terbesar Evonik di luar Jerman.

Kompleks terbaru di Pulau Jurong itu akan menggandakan kemampuan syarikat tersebut di Asia - iaitu daripada menghasilkan 150,000 kepada 300,000 tan makanan setahun.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata: "Lebih daripada menyumbang kepada keperluan makanan Singapura,ekosistem makanan dan pemakanan semakin berkembang dan juga menyumbang kepada usaha yang lebih meluas dalam membina Singapura sebagai Nadi Teknologi Invoasi dan Perusahaan Global-Asia.

"Kami berharap usaha kita boleh mengukuhkan jaminan bekalan makanan dalam jangka masa yang panjang di rantau ini."

Encik Heng menambah inovasi sedemikian boleh juga membantu untuk membangunkan ekonomi. 

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan