Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Komander Tentera Darat Diraja Brunei bertemu Ng Eng Hen, tegaskan hubungan S'pura-Brunei

Komander Tentera Darat Diraja Brunei Brigedier Jeneral Khairul Hamed mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pagi tadi (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2018 09:04PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 09:23PM

SINGAPURA: Komander Tentera Darat Diraja Brunei Brigedier Jeneral Khairul Hamed mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pagi tadi (10 Apr).

Di pertemuan itu, kedua-dua pihak menegaskan lagi hubungan pertahanan dua hala yang rapat dan lama terjalin antara Singapura dengan Brunei.

BG Khairul Hamed berada di Singapura bagi satu lawatan pengenalan tiga hari.

Beliau juga bertemu dengan Panglima Pasukan Pertahanan Singapura Mejar Jeneral Melvyn Ong dan Panglima Tentera Darat BG Goh Si Hou.

Beliau turut memeriksa barisan kawalan kehormatan di Kementerian Pertahanan dan melawat Institut Tentera SAFTI serta ibu pejabat Briged Berperisai Singapura yang Keempat di Kem Sungei Gedong.

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan