Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kod QR, pelesenan baru bagi tangani masalah letak basikal sembarangan

Rejim pelesenan baru bagi syarikat-syarikat khidmat basikal sewa tempatan bakal diperkenalkan bagi menangani masalah basikal yang diletak sembarangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2018 03:43PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 11:05PM

SINGAPURA: Rejim pelesenan baru bagi syarikat-syarikat khidmat basikal sewa tempatan bakal diperkenalkan bagi menangani masalah basikal yang diletak sembarangan.

Ini merupakan sebahagian daripada Rang Undang-Undang Tempat Letak Basikal (Pindaan) yang dibentangkan di Parlimen hari ini (5 Mac).

Di bawah rangka kerja kawal selia baru Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), syarikat-syarikat seperti ofo, oBike dan Mobike akan disemak setiap enam bulan berdasarkan kemampuan mereka untuk menangani masalah basikal yang diletak sembarangan dalam kalangan pengguna basikal di sini.

Para pengguna yang terus meletak basikal sembarangan juga boleh diharamkam daripada menyewa basikal oleh syarikat-syarikat tersebut.

LTA akan memanfaatkan huraian geofencing yang menggunakan kod QR, di mana para pengguna perlu mengimbas kod QR di tempat letak basikal yang ditetapkan sebagai bukti mereka sudah memulangkan basikal di tempat-tempat yang ditetapkan selepas selesai menggunakan basikal-basikal itu. Rejim ini dijangka dikuatkuasakan menjelang separuh kedua 2018. Syarikat-syarikat juga perlu terus mengenakan bayaran terhadap para pengguna yang tidak memulangkan basikal di tempat-tempat yang ditetapkan.

Syarikat khidmat basikal sewa yang tidak menepati piawaian LTA akan dikenakan denda sehingga S$100,000 dan jumlah basikal mereka juga akan dikurangkan. Selain itu, lesen mereka akan digantung atau dibatalkan.

Menurut LTA, denda yang dikenakan lebih tinggi berbanding denda S$500 yang dikenakan LTA ke atas syarikat yang tidak menguruskan dan memulangkan basikal yang diletak sembarangan dalam tempoh yang ditetapkan.

LTA bertujuan untuk mula menerima permohonan lesen pada pertengahan 2018 dan meluluskan permohonan yang diterima pada suku keempat 2018. Syarikat yang tidak mempunyai lesen akan dikenakan denda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan