Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Klinik genetik bakal ditubuhkan di lebih banyak hospital dan institusi SingHealth

Para pesakit dan golongan berisiko menghidap penyakit kronik tidak lama lagi akan mempunyai akses kepada diagnosis dan kaunseling genetik tanpa perlu ke beberapa lokasi berbeza.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2019 09:36PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 03:50PM

SINGAPURA: Para pesakit dan golongan berisiko menghidap penyakit kronik tidak lama lagi akan mempunyai akses kepada diagnosis dan kaunseling genetik tanpa perlu ke beberapa lokasi berbeza.

Buat masa ini, hanya Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Pusat Barah Kebangsaan mempunyai klinik-klinik genetik.

Maka itu, SingHealth dan Pusat Perubatan Genetik Duke-NUS akan menubuhkan klinik-klinik genetik di beberapa hospital dan institusi SingHealth agar para pesakit boleh mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan awal.

Penyakit-penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung dan kencing manis boleh disebabkan oleh genetik atau baka.

Dengan ujian genetik, rakyat Singapura boleh menilai risiko mereka bagi sesetengah penyakit kronik dan mendapatkan rawatan peribadi yang sesuai dengan keadaan mereka.

Pusat yang baru dilancarkan itu merangkumi sebuah institut kajian bagi meneroka cara memperbaiki diagnosis serta rawatan bagi masalah genetik.

Pusat tersebut juga akan melatih para doktor dalam bidang genetic.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan