Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KKH, NUS cipta teknologi AI bagi suntikan anestesia; pertama di dunia

Kecerdasan Buatan (AI) akan memainkan peranan penting dalam pemberian suntikan anestesia tulang belakang dalam percubaan kali pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2019 08:46PM Dikemas Kini : 31 Oct 2019 09:13PM

SINGAPURA: Kecerdasan Buatan (AI) akan memainkan peranan penting dalam pemberian suntikan anestesia tulang belakang dalam percubaan kali pertama.

Hospital KK dan Universiti Nasional Singapura (NUS) berjaya mencipta teknologi AI itu yang pertama seumpamanya di dunia.

Ia akan memberi faedah terutamanya kepada wanita-wanita yang melahirkan bayi menerusi pembedahan Caesarean.

Dengan menggunakan algorithma, mesin pengimbas ultrasound yang dilengkapi teknologi AI boleh mengesan dengan tepat bahagian tulang belakang seseorang pesakit untuk dimasukkan jarum bagi suntikan anestesia.

Ketepatan tersebut akan meningkatkan mutu ubat pengebas itu dan boleh mengurangkan kesakitan serta kerumitan.

Teknologi uSINE itu diuji ke atas 100 wanita, yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean di KKH antara Mei 2016 dengan Mei 2017 dan ia menunjukkan kadar kejayaan hampir 92 peratus.

Pasukan projek itu akan melakukan ujian-ujian kepada golongan pesakit berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

Teknologi itu diharap dapat dikembangkan lagi untuk penggunaan dalam penjagaan pesakit yang lebih meluas.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan