Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit ujian pantas antigen 'dijual oleh ahli farmasi' kepada orang awam mulai 16 Jun: MOH

Empat jenama kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 secara DIY atau lakukan ujian sendiri akan "dijual oleh ahli farmasi" mulai 16 Jun, kata Kementerian Kesihatan pada hari Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kit ujian pantas antigen 'dijual oleh ahli farmasi' kepada orang awam mulai 16 Jun: MOH

Sebuah kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 secara DIY atau lakukan ujian sendiri (Gambar: AFP/Fred Tanneau)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 04:58PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 05:02PM

SINGAPURA: Empat jenama kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 secara DIY atau lakukan ujian sendiri akan "dijual oleh ahli farmasi" mulai 16 Jun, kata Kementerian Kesihatan pada hari Khamis (10 Jun).

Kit ujian DIY tersebut telah mendapat kebenaran sementara dari Lembaga Sains Kesihatan (HSA) untuk dijual kepada orang ramai.

Kit tersebut ialah: Abbott PanBio COVID-19 Antigen Self-test, QuickVue At-Home OTC COVID-19 Test, SD Biosensor SARS-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal, dan SD Biosensor Standard Q COVID-19 Ag Home Test.

Ujian berkenaan mampu memberi keputusan dalam masa kurang 20 minit, kata Kementerian Kesihatan.

"Ia mudah digunakan, boleh dikendalikan sendiri. Mulai minggu depan, 16 Jun, alat ini akan dikeluarkan oleh ahli farmasi di farmasi runcit tertentu. Kami kemudian akan menjualnya di lebih banyak lokasi runcit secara bertahap-tahap," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam sidang media pasukan bertindak pelbagai kementerian COVID-19.

Buat permulaan, penjualan dihadkan kepada 10 kit ART setiap orang untuk memastikan "bekalan yang cukup untuk semua", kata pengarah perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan Kenneth Mak.

Apabila lebih banyak bekalan diterima, orang ramai bebas membeli seberapa banyak kit yang diperlukan, katanya.

Singapura bakal melonggarkan sekatan COVID-19 mulai 14 Jun sejajar dengan jumlah kes dalam masyarakat yang merosot.

"Oleh kerana kami ingin meneruskan lebih banyak aktiviti, kami perlu membuat ujian dengan cepat, mudah dan senang diakses," kata Encik Ong.

Prof Madya Mak menambah bahawa kit ujian sendiri itu "melengkapi" strategi pengawasan keseluruhan Singapura.

"Ujian cepat dan mudah yang digunakan ini membolehkan kita untuk mengesan kes yang dijangkiti dengan lebih cepat, khususnya dalam kalangan individu yang tidak mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut, tetapi bimbang mereka mungkin terdedah kepada COVID-19," katanya

Mereka yang mendapat hasil positif menggunakan kit ujian DIY itu harus segera ke Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) Swab and Send Home (SASH) bagi pengesahan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), kata MOH.

Mereka kemudian dikehendaki mengasingkan diri sehingga mendapat keputusan negatif PCR, tambah MOH.

Mereka yang diuji negatif harus terus berwaspada dan mematuhi langkah-langkah pengurusan yang selamat.

"Individu yang mempunyai gejala ARI harus terus pergi ke doktor untuk diagnosis penuh dan ujian PCR dan bukannya bergantung pada kit ujian DIY ART," kata kementerian itu.

Maklumat lanjut mengenai bagaimana kit ujian itu digunakan dan hasilnya akan disediakan melalui pelbagai saluran media dan laman web MOH mulai 16 Jun, kata Prof Madya Mak.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan