Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit ujian kendiri COVID-19 lebih murah, harga akan kekal 'kompetitif', kata peruncit

Harga kit ujian pantas antigen (ART) kini lebih murah,sebilangannya sehingga separuh harga asal berbanding tiga bulan lalu. Menurut dua peruncit harga jualan akan kekal rendah.  

Anggaran Waktu Membaca:
Kit ujian kendiri COVID-19 lebih murah, harga akan kekal 'kompetitif', kata peruncit

Kit ART SD Biosensor sebagai jualan di farmasi di Singapura pada 8 Dis 2021. (Gambar: Chew Hui Min/CNA)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 08:43PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 08:44PM

SINGAPURA: Harga kit ujian pantas antigen (ART) kini lebih murah,sebilangannya sehingga separuh harga asal berbanding tiga bulan lalu. Menurut dua peruncit harga jualan akan kekal rendah.

Kit ART jenama Abbott Panbio kini berharga S$5.95 setiap kotak di farmasi Guardian dan Watson, berbanding S$13 sebelumnya.

Jurucakap Guardian berkata harga jenama lain juga lebih murah. Kit Standard Q berharga S$5.70 bagi satu ujian (dahulu S$7.50) manakala QuickVue pula S$18.60 untuk dua ujian, berbanding S$21.40.

Tambah jurucakap tersebut lagi, harga kit ART bergantung kepada pelbagai faktor bekalan, seperti struktur kos yang berbeza, kadar pertukaran mata wang dan keperluan pasaran.

"Harga kit ART mungkin merosot lagi kerana terdapat lebih banyak pilihan ART yang sedia ada di pasaran sekarang."

Pada pertengahan November lalu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata penduduk boleh menjangkakan harga kit ART yang lebih murah tidak lama lagi.

Farmasi Watsons menjual tiga jenama kit ART: Quidel Quickvue, Abbott Panbio dan SD Biosensor. SD Biosensor, yang dahulunya berharga lebih S$10, kini hanya S$5.70.

"Secara purata, harga setiap unit kit ART kini sekitar S$6," tambahnya.

Harga bagi kedua-dua kit ART Abbott dan SD Biosensor merosot kepada sekitar S$7 hingga S$8 dalam minggu terakhir November.

"Kami berharap harga kit ART akan kekal kompetitif dengan adanya lebih banyak kit ART yang diluluskan di pasaran kelak," kata Watsons lagi.

Farmasi Unity pula menawarkan empat jenama kit ART: Roche, SD Biosensor, Panbio dan Quickvue. Harga setiap kit adalah antara S$5.25 hingga S$8.85, mengikut saiz dan jenama kit tersebut, kata jurucakap FairPrice.

"Harga kit bergantung pada kedaan pasaran, namun, kami sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan pembekal untuk memastikan terdapat cukup bekalan untuk memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza-beza," tambahnya lagi.

Pengarah urusan SPD Saintifik, Jes Lim, berkata pencipta kit ujian SD Biosensor sedang berusaha untuk "meningkatkan proses pengeluaran", dan mencari cara mengurangkan kos kargo dan penyimpanan.

"Saya rasa kedua-dua pengeluar dan peruncit memainkan peranan untuk menstabilkan harga kit ujian ART ini," kata beliau.   

Sumber : CNA/NY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan