Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit tanaman hidroponik diagihkan kepada penduduk Tampines

50 kit kaedah tanaman hidroponik akan diagihkan secara percuma kepada para penduduk Tampines yang minat berkebun dan yang mahu cuba menanam sayur di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2020 08:23PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 01:14AM

SINGAPURA: 50 kit kaedah tanaman hidroponik akan diagihkan secara percuma kepada para penduduk Tampines yang minat berkebun dan yang mahu cuba menanam sayur di rumah.

Mereka juga boleh menjadi sukarelawan di "Green Hub", sebuah kebun hidroponik yang dilancarkan di Hab Tampines Kita (OTH).

Cik Tan Min Choo adalah penduduk pertama yang mempunyai kit hidroponik tersebut di rumahnya. Beliau sebelum ini berkebun secara tradisional.

Menurut Cik Tan, kaedah hidroponik lebih bersih dan tidak memerlukan ruang besar serta mudah diurus.

Menteri Kedua Kesihatan yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines, Masagos Zulkifli berkata kegiatan berkebun itu merupakan sebahagian daripada rancangan besar untuk menjadikan Tampines sebuah bandar mesra alam dalam masa lima tahun akan datang.

Seramai 600 penduduk, katanya, telahpun menyuarakan minat untuk cuba berkebun secara hidroponik.

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan