Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit suntikan insulin percuma bagi 600 penghidap kencing manis dari keluarga berpendapatan rendah

Kit suntikan insulin selama setahun secara percuma untuk sekitar 600 penghidap kencing manis dari keluarga berpendapatan rendah di Daerah Barat Daya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kit suntikan insulin percuma bagi 600 penghidap kencing manis dari keluarga berpendapatan rendah
Diterbitkan : 07 Apr 2021 07:57PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 08:35PM

SINGAPURA: Kit suntikan insulin selama setahun secara percuma untuk sekitar 600 penghidap kencing manis dari keluarga berpendapatan rendah di Daerah Barat Daya.

Derma bernilai lebih S$120,000 itu adalah hasil kerjasama antara sebuah firma peralatan perubatan dengan pertubuhan amal Diabetes Singapore.

Pek penjagaan kencing manis mengandungi jarum suntikan sangat halus yang dikatakan boleh memberikan suntikan yang kurang menyakitkan.

Diabetes Singapore menyatakan usaha tersebut merupakan langkah penting untuk membantu pesakit berpendapatan rendah kerana bagi mengurangkan kos perbelanjaan, ada sebilangan mereka yang menggunakan semula jarum suntikan sehingga menjadi tumpul.

Ada juga yang lain tidak melakukan suntikan insulin secara kerap, yang boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Kit-kit tersebut akan diberikan kepada golongan warga tua, kanak-kanak dan mereka yang menerima suntikan insulin daripada para penjaga mereka.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan