Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kini ada 13 kes virus Wuhan di S'pura apabila 3 lagi kes disahkan

Jumlah keseluruhan virus Wuhan yang disahkan di Singapura kini adalah seramai 13 orang. Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan tiga lagi orang diuji positif bagi virus itu pada Khamis (30 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kini ada 13 kes virus Wuhan di S'pura apabila 3 lagi kes disahkan

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 30 Jan 2020 09:55PM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 09:58PM

SINGAPURA: Jumlah keseluruhan virus Wuhan yang disahkan di Singapura kini adalah seramai 13 orang. Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan tiga lagi orang diuji positif bagi virus itu pada Khamis (30 Jan).

Kes terkini melibatkan seorang wanita yang berasal dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 22 Jan. Dia adalah teman kes keempat yang disahkan menghidap virus itu.

Kes yang ke-12 adalah seorang wanita yang berasal dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 22 Jan bersama keluarganya.

Kes ke-13 virus Wuhan yang disahkan pula adalah wanita berusia 73 tahun yang juga berasal dari Wuhan, yang tiba di Singapura bersama keluarganya pada 21 Jan.

Kesemua tiga kes baru itu dirawat di bilik berasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Kesemua 10 kes virus Wuhan di Singapura yang disahkan sebelum ini, juga melibatkan warga China yang berasal dari Wuhan, dengan kes pertama virus Wuhan disahkan pada 23 Jan - sekitar sebulan setelah penularan itu berlaku di bandar Wuhan.

Mereka termasuk tujuh lelaki dan tiga wanita, berusia antara 35 tahun dengan 66 tahun.

Para pesakit itu dirawat di beberapa bilik berasingan di NCID, Hospital Besar Sengkang dan Hospital Besar Singapura.

Ada di antara mereka menginap di hotel-hotel, termasuk Hotel Shangri-La Rasa Sentosa Resort & Spa, Village Hotel Sentosa, J8 Hotel serta Marina Bay Sands.

Oleh kerana lebih banyak kes disahkan minggu lalu, orang ramai mula berebut membeli pelitup muka, termometer dan botol 'hand sanitiser' atau cecair nyah kuman di merata kedai di Singapura.

Lantaran itu Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong mengumumkan pada hari ini bahawa pihak berkuasa akan mengagihkan empat pelitup muka kepada setiap keluarga di Singapura mulai Sabtu ini (1 Feb). Proses pengagihan itu dijangka selesai menjelang 9 Feb. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan