Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kian ramai pelajar Melayu dari keluarga kurang mampu masuk politeknik, universiti

Kian ramai pelajar Malayu kini layak memasuki politeknik dan universiti. Ramai daripada kalangan mereka bukan dari keluarga yang senang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kian ramai pelajar Melayu kini layak memasuki politeknik dan universiti.

Ramai daripada kalangan mereka bukan dari keluarga yang senang.

Demikian didedahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Melayunya semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal Ang Mo Kia hari ini (18 Ogos).

Lantaran itu, PM Lee berkata Pemerintah akan memastikan yuran bagi pembelajaran di politeknik dan universiti-universiti tempatan terus dimampui para pelajar.

Ini lebih-lebih lagi bagi para pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Semasa berucap, PM Lee juga berkata para pelajar Melayu mencatat keputusan yang lebih baik sepanjang persekolahan mereka.

Malah, lebih ramai anak Melayu kini meraih diploma dan ijazah sarjana muda.

"Ada pula yang meningkatkan kemahiran selepas tamat ITE atau politeknik. Ini membantu mereka maju meniti tangga kerjaya dan memberi mereka pilihan kerjaya yang lebih luas," tambah PM Lee.

PM Lee turut mendedahkan bahawa dalam kalangan pelajar ITE, tujuh daripada 10 lulusan Nitec kini melanjutkan pendidikan sepanjang kerjaya mereka.

"Perangkaan ini sangat baik, tetapi lebih baik lagi jika ia 10 dalam 10!" ujar PM Lee.

Salah seorang anak Melayu yang menjadi teladan meraih kejayaan tanpa berputus asa ialah Mohammad Abdillah.

Beliau pernah gagal sebanyak dua kali dalam peperiksaan PSLE.

Mohammad Abdillah kemudian menuntut di Sekolah Northlight. Ketika itu, apabila ditanya tentang cita-citanya beliau menjawab 'Pereka', namun beliau sendiri berasa kurang pasti sama ada ia boleh menjadi realiti.

Dengan galakan para guru, Abdillah cemerlang di Sekolah Northlight dan meneruskan pengajian ke peringkat ITE untuk mempelajari bidang animasi.

Di ITE, Abdillah juga menyerlah dan berjaya melangkah kaki ke Politeknik Nanyang di mana beliau lulus dalam bidang 'motion graphics'.

"Abdillah tidak sendirian. Ramai lagi lulusan ITE yang meningkatkan diri mereka. Ini sangat penting, kerana permintaan bagi pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih tinggi, terus meningkat," kata PM Lee.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan