Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat terhad di LRT Sengkang-Punggol pada setiap Ahad tahun depan

Dalam dua bulan pertama tahun 2018, khidmat di sebahagian laluan LRT Sengkang-Punggol (SPLRT) akan dihadkan setiap hari Ahad.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat terhad di LRT Sengkang-Punggol pada setiap Ahad tahun depan

Kereta api LRT dengan dua gerabak. (Gambar: Kenneth Lim)

Diterbitkan : 15 Dec 2017 07:52PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 07:54PM

SINGAPURA: Dalam dua bulan pertama tahun 2018, khidmat di sebahagian laluan LRT Sengkang-Punggol (SPLRT) akan dihadkan setiap hari Ahad.

Ini bagi memudahkan kerja-kerja pembaharuan dan peningkatan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (15 Dis).

Dari 14 Januari hingga 25 Februari, hanya satu platform yang akan dibuka pada pukul 5.30 pagi pada hari Ahad. Satu lagi platform akan dibuka pada pukul 7.00 pagi.

"SBS Transit akan menambah kekerapan khidmat kereta api di platform yang terjejas untuk menangani jumlah penumpang yang dijangka meningkat. Bagaimanapun, sesetengah penumpang mungkin mengalami masa perjalanan yang lebih panjang disebabkan khidmat yang terhad," menurut LTA.

Kerja-kerja yang akan dijalankan termasuk penyenggaraan dan menggantikan landasan pembekal elektrik, mesin penukar isyarat dan kabel-kabel SPLRT.

"LTA juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuh skru silang (crosshead) yang menyokong jejambat SPLRT dan membaiki rekahan-rekahan yang dikesan semasa menjalankan pemeriksaan," menurut LTA.

"Rekahan-rekahan itu tidak menimbulkan risiko keselamatan memandangkan keupayaan skru silang untuk menampung berat tidak terjejas," tambahnya. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan