Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat SingPass kembali pulih selepas masalah akses

Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) pada Selasa (18 Jun) menyatakan di Facebook bahawa khidmat SingPass sudah pulih sepenuhnya selepas beberapa pengguna mengalami masalah "akses tersekat-sekat" pada sebelah petang.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat SingPass kembali pulih selepas masalah akses

Seorang pengguna meneroka app SingPass Mobile (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 09:07PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 09:11PM

SINGAPURA: Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) pada Selasa (18 Jun) menyatakan di Facebook bahawa khidmat SingPass sudah pulih sepenuhnya selepas beberapa pengguna mengalami masalah "akses tersekat-sekat" pada sebelah petang.

Menurut agensi tersebut, khidmat SingPass kembali pulih pada sekitar 3.10 petang, dan pasukannya sedang memantau keadaan dengan rapi.

"Para pengguna boleh terus log masuk menggunakan SingPass. Kami kesali sebarang kerumitan yang terlaku," tambahnya.

GovTech tidak dapat menentukan jumlah pengguna yang terjejas oleh gangguan tersebut. Pihaknya bagaimanapun mengesahkan orang awam dimaklumkan secepat mungkin selepas masalah itu timbul.

Awal sebelum itu pada sekitar 2.00 petang, GovTech menulis di Facebook bahawa beberapa pengguna SingPass mungkin mengalami akses terganggu.

"Pasukan kami sedang berusaha untuk memulihkan khidmat ini sepenuhnya," menurut agensi tersebut.

Para pengguna menulis di Twitter tentang masalah yang dihadapi seawal 1.10 tengah hari.

Februari lalu, sistem pengesahan kebangsaan SingPass dan CorpPass mengalami gangguan selama enam jam yang disusuli dengan gangguan selama lima jam pada keesokan harinya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan