Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat pesanan makanan baru MealPal dilancarkan

MealPal sediakan khidmat langganan bulanan bagi tempahan makanan

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat pesanan makanan baru MealPal dilancarkan

Pusat Makanan Maxwell. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 09:20AM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 09:23AM

SINGAPURA: Sebuah khidmat pesanan makanan baru yang berkonsep seperti Netflix dilancarkan di Singapura.

MealPal yang diasaskan pada 2016 melancarkan hari ini (16 Jul) khidmat langganan makanannya di Singapura iaitu yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.

Menerusi yuran bulanan sebanyak S$95.88, para pelanggan boleh memesan makanan dari 12 restoran. Ini bermakna pelanggan membayar S$7.99 bagi setiap hidangan. Dengan tambahan S$2, MealPal akan menambah sebanyak dua hidangan penjaja. Ini dikongsi pengurus besar Pasaran Antarabangsa MealPal, Paul Clifford semasa satu wawancara sebelum pelancaran.

Menurut beliau, harga yang ditawarkan secara amnya adalah 40 peratus lebih murah berbanding makan di restoran.

MealPal kini disertai lebih 250 rakan kongsi F&B, seperti Teppei Syokudo, Tuk Tuk Cha, Soup Spoon, Grain Traders dan Folks Collective, termasuk sebilangan penjaja dari Pusat Makanan Amoy Street, Maxwell dan Lau Pa Sat.

Khidmat MealPal akan dilancarkan di empat hab perniagaan iaitu Buona Vista, kawasan tengah bandar CBD, Novena dan Orchard bagi waktu makan tengah hari dan makan malam dari Isnin sehingga Jumaat.

Ciri yang membezakan MealPal daripada khidmat penghantaran makanan yang lain seperti foodpanda, Deliveroo atau GrabFood adalah, ia tidak menyediakan khidmat penghantaran. Para pelanggan akan membuat pesanan mereka sebelum 10.30 pagi bagi makan tengah hari dan 4.00 petang bagi makan malam dan menentukan masa mereka akan mengambil makanan itu.

Satu lagi ciri berbeza adalah, rakan-rakan kongsi F&B yang menyertai MealPal hanya menawarkan satu hidangan setiap hari dan tiada pengubahsuaian dibenarkan. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan