Images
  • comcare elderly
    (Gambar fail: Xabryna Kek)

Khidmat nasihat percuma CareShield Hayat ditawarkan suku terakhir tahun ini

SINGAPURA: Para sukarelawan penasihat kewangan akan ditempatkan di beberapa kelab masyarakat dalam suku terakhir tahun ini, bagi menawarkan khidmat nasihat percuma tentang skim CareShield Hayat.

Skim itu merupakan peningkatan daripada skim ElderShield. Ia menyasarkan golongan cacat anggota yang teruk dan mula dilaksanakan tahun depan.

Persatuan Pengamal Kewangan dan Insurans Singapura mengumumkan khidmat percuma itu di acara larian sulung sempena ulang tahun persatuan itu yang ke-50 hari ini (17 Mac).

Ia akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat dalam menjalankan daya usaha baru itu.

Persatuan tersebut berharap dapat menarik sekitar 400 sukarelawan mulai suku ketiga tahun ini.

Daya usaha itu dijangka dilakukan sekurang-kurangnya selama setahun setengah.

Persatuan tersebut turut terlibat dalam projek serupa bagi MediShield Hayat pada 2015.

Lebih 8,500 penduduk meraih manfaat daripada projek itu melibatkan kira-kira 700 sukarelawan.

- CNA/AA/AI/tq

Top