Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat MRT antara stesen Pasir Ris-Aljunied terganggu semasa waktu sibuk

Khidmat kereta api di Laluan Timur-Barat terganggu sekitar 40 minit pada Selasa (15 Sep) malam disebabkan oleh kerosakan kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT antara stesen Pasir Ris-Aljunied terganggu semasa waktu sibuk

Gambar fail. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 10:02PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 10:05PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Timur-Barat terganggu sekitar 40 minit pada Selasa (15 Sep) malam disebabkan oleh kerosakan kereta api.

SMRT memaklumkan orang ramai mengenai gangguan itu melalui akaun Twitternya pada pukul 7.11 malam, sambil menyatakan bahawa "tiada khidmat kereta api" antara stesen Pasir Ris dengan Aljunied.

Syarikat itu turut memaklumkan para penumpang supaya menambah lagi 20 minit semasa melakukan perjalanan antara kedua-dua stesen tersebut.

Ia menambah bahawa khidmat bas percuma juga disediakan antara stesen Bugis dengan Pasir Ris.

Pada 7.31 malam, SMRT mengurangkan masa menunggu kepada 15 minit dan pada pukul 7.44 malam, ia menyingkatkannya kepada 10 minit.

Ia kemudian menyatakan bahawa khidmat kereta api "secara bertahap-tahap kembali ke paras seperti biasa".

Pada pukul 7.52 malam, SMRT menyatakan bahawa khidmat kereta api sudah disambung semula dan khidmat bas percuma sudah dihentikan.

Para penumpang mengadu mengenai gangguan tersebut di media sosial, dengan seorang pengguna Twitter merungut bahawa ia "tetap masalah yang sama".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan