Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta api Laluan Circle antara Tai Seng dan Mountbatten terhenti seketika

Khidmat kereta api antara stesen Tai Seng dan Mountbatten di Laluan Circle disambung semula sekitar 30 minit selepas SMRT mengumumkan ia dihentikan sementara di kedua-dua arah atas sebab "kerosakan isyarat" pada lewat petang Sabtu (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api Laluan Circle antara Tai Seng dan Mountbatten terhenti seketika

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 08:46PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 08:49PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api antara stesen Tai Seng dan Mountbatten di Laluan Circle disambung semula sekitar 30 minit selepas SMRT mengumumkan ia dihentikan sementara di kedua-dua arah atas sebab "kerosakan isyarat" pada lewat petang Sabtu (4 Ogos).

Dalam catatan di Twitter pada 6.52 petang, SMRT menyatakan khidmat kereta api antara kedua-dua stesen itu sudah disambung semula. Namun, para penumpang diingatkan untuk menjangkakan masa perjalanan tambahan antara stesen Stadium dan Bartley.

Ia menambah bahawa khidmat bas ulang-alik percuma disediakan antara kedua-dua stesen itu.

Dalam satu catatan susulan pada 7.13 malam, SMRT menyatakan khidmat bas percuma itu disediakan sehingga 7.30 malam.

SMRT membuat pengumuman pertama mengenai khidmat kereta api yang tergendala antara Tai Seng dan MacPherson pada sekitar 6.20 petang.

Menerusi catatan Twitter susulan, bahagian yang terjejas dilanjutkan ke stesen Mountbatten pada 6.35 petang.

Kerosakan dikesan sekitar 5.55 petang, dan para penumpang di stesen MacPherson diminta "mencari laluan alternatif".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan