Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat Internet percuma selama sehari bagi pelanggan Singtel susuli gangguan khidmat

Para pelanggan Singtel akan mendapat data mudah alih secara percuma selama sehari pada 10 November ini menyusuli gangguan pada rangkaian khidmat Internet yang menjejas beberapa kawasan di merata Singapura pada Khamis (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Internet percuma selama sehari bagi pelanggan Singtel susuli gangguan khidmat

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 09:31PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:35PM

SINGAPURA: Para pelanggan Singtel akan mendapat data mudah alih secara percuma selama sehari pada 10 November ini menyusuli gangguan pada rangkaian khidmat Internet yang menjejas beberapa kawasan di merata Singapura pada Khamis (18 Okt).

"Kami menyesali gangguan khidmat yang berlaku pada malam semalam (18 Okt) yang menjejas khidmat panggilan, kiriman SMS dan data Internet," menurut syarikat telko itu melalui catatan di laman Facebooknya pada Jumaat (19 Okt).

Singtel menambah: "Sebagai tanda meminta maaf, pihak kami akan menawarkan data mudah alih secara percuma pada Sabtu, 10 November kepada semua pelanggan khidmat prabayar dan posbayar. Kami meminta maaf atas gangguan yang menjejas para pelanggan dan kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran mereka."

Gangguan khidmat itu menjejas para pelanggan yang tinggal di beberapa kawasan, termasuk one-north, Choa Chu Kang, Ang Mo Kio, Bedok, Serangoon dan Kembangan.

Ia berlaku selama tiga jam dari kira-kira 10.00 malam semalam (18 Okt) hingga 1.22 pagi tadi (19 Okt) sebelum khidmat tersebut berjaya dipulihkan sepenuhnya, menurut Singtel.

Siasatan awal menunjukkan bahawa gangguan itu disebabkan oleh "isu berkaitan tenaga", menurut Singtel.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan