Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat gentian bahagian timur S'pura pulih sepenuhnya selepas lebih sehari terganggu

Khidmat gentian bagi 10,000 pengguna di bahagian timur Singapura dipulihkan sepenuhnya semalam (15 Nov), lebih 30 jam selepas terjejas oleh gangguan yang disebabkan beberapa kabel gentian yang terputus.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat gentian bahagian timur S'pura pulih sepenuhnya selepas lebih sehari terganggu

Gambar: NetLink Trust

Diterbitkan : 16 Nov 2018 03:14PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 03:16PM

SINGAPURA: Khidmat gentian bagi 10,000 pengguna di bahagian timur Singapura dipulihkan sepenuhnya semalam (15 Nov), lebih 30 jam selepas terjejas oleh gangguan yang disebabkan beberapa kabel gentian yang terputus.

NetLink Trust pada Jumaat (16 Nov) menyatakan bahawa gangguan tersebut berjaya diatasi pada 10.03 malam semalam (15 Nov).

Gangguan itu berpunca daripada bekalan kabel gentian yang terputus, disebabkan oleh kontraktor pihak ketiga, semasa mereka menjalankan kerja-kerja binaan di Tampines Avenue 9, dedah NetLink Trust.

Kontraktor tersebut bukan yang diperolehi NetLink Trust atau pembekalnya.

"NetLink Trust memandang serius terhadap gangguan sedemikian yang berpunca daripada kontraktor yang tidak bertanggungjawab. NetLink Trust sedang menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," menurut syarikat tersebut.

Khidmat jalur lebar sekitar 10,000 pengguna di Pasir Ris, Tampines, Changi dan Loyang terganggu dari 2.50 petang Rabu lalu (14 Nov). Ia menjejas pelanggan StarHub, Singtel, M1 dan MyRepublic.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan