Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat e-skuter ikut permintaan diuji di S'pura; pertama seumpamanya di dunia

Khidmat e-skuter atas permintaan yang pertama di dunia sedang diuji di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 09:29PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:37PM

SINGAPURA: Khidmat e-skuter atas permintaan yang pertama di dunia sedang diuji di Singapura.

Dipanggil Scootbee, ia merupakan alat pergerakan mudah alih hanya akan tiba apabila seorang pengguna memesannya.

Selepas sudah selesai digunakan pula, e-skuter tersebut akan kembali ke ruang letaknya sendiri atau ke pengguna seterusnya.

Scootbee buat masa ini sedang menjalankan percubaan selama enam bulan di kawasan utara Singapura yang mempunyai zon khas ujian kenderaan autonomi.

Ia mendapat ratusan pendaftaran untuk perkhidmatan itu pada bulan pertama percubaannya.

Maklum balas pengguna akan membantu syarikat itu menentukan model perniagaannya.

Pada masa yang sama data daripada ujian akan membantu ScootBee menggunakan e-skuter dengan cekap untuk mengawal jumlahnya.

Buat sementara ini, percubaan dijalankan pada kelajuan yang sangat perlahan.

Contohnya, kelajuan maksimum apabila penumpang menunggangnya dihadkan pada 15 kilometer sejam, manakala kelajuan autonominya lebih perlahan.

Alat pergerakan tersebut akan sentiasa dihubungkan dengan server yang menguruskan kelajuan dan lokasi setiap alat itu.  

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan