Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat doktor gigi secara maya makin popular

Khidmat bertemu doktor gigi secara maya semakin menjadi pilihan popular bagi sesetengah keluarga.  

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat doktor gigi secara maya makin popular
Diterbitkan : 15 Sep 2020 08:31PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 08:47PM

SINGAPURA: Khidmat bertemu doktor gigi secara maya semakin menjadi pilihan popular bagi sesetengah keluarga.

Lebih daripada 50 peratus ibu bapa kini memilih kaedah itu dalam soal kesihatan gigi anak-anak mereka.

Pusat Pergigian Nasional Singapura (NCDS) mula menawarkan perkhidmatan itu pada Ogos lalu.

Pertemuan dengan doktor gigi secara maya seperti itu dapat menjimatkan masa lebih 10 minit berbanding pertemuan seperti biasa.

Sungguhpun begitu cara pertemuan seperti itu hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai keadaan gigi yang stabil.

Bagi prosedur tertentu seperti pembedahan gigi geraham, NCDS menyatakan temu janji secara fizikal amat penting.

Namun, pusat itu tidak menolak kemungkinan menambah perkhidmatan di alam maya bagi aspek-aspek lain berkaitan kesihatan gigi. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan