Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat digital DBS, POSB 'terputus-putus'

Sesetengah pelanggan DBS dan POSB tidak dapat mengakses khidmat-khidmat online bank-bank tersebut hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2021 04:26PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 09:20PM

SINGAPURA: Sesetengah pelanggan DBS dan POSB tidak dapat mengakses khidmat-khidmat online bank-bank tersebut hari ini (23 Nov).

Para pelanggan mengadu bahawa mereka tidak boleh melakukan sedemikian sejak pagi tadi.

Menurut laman Downdetector, aduan-aduan pelanggan yang tidak boleh mengakses khidmat-khidmat DBS dan POSB mula melonjak sekitar pukul 10.00 pagi dengan hampir 600 aduan dibuat tentang DBS sekitar pukul 2.30 petang.

Dalam satu kenyataan di media sosial sekitar pukul 2.50 petang, DBS menyatakan: "Sesetengah pelanggan kami mengalami kelengahan terputus-putus ketika mengakses khidmat-khidmat perbankan kami dan kami sedang berusaha untuk menghuraikannya. Kami memohon maaf atas kesulitan pada ketika ini dan harap cuba lagi nanti."

Pesanan yang sama dimuat naik ke laman Facebook POSB.

Setakat pukul 3.30 petang, laman log masuk perbankan internet DBS memaparkan pesanan berbunyi: "Log masuk ke khidmat digital mungkin tidak boleh dilakukan dari masa ke masa. Harap bersabar sementara kami mencari huraiannya."

Percubaan untuk log masuk pada waktu ini pula membawa kepada pesanan berikut: "Khidmat ini tidak boleh diakses buat sementara waktu. Harap cuba lagi nanti."

Aplikasi PayLah! juga memaparkan pesanan tentang "ketersambungan yang tidak lancar", tetapi satu pemeriksaan oleh Mediacorp menunjukkan bahawa wang boleh dipindahkan ke dompet PayLah! daripada akaun bank POSB dan sebaliknya.

Mediacorp sudahpun menghubungi DBS untuk mendapatkan komen.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan