Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khaw Boon Wan "bersedia sepenuhnya" untuk jalani pembedahan keretakan lengan

Setelah mengalami keretakan pada bahagian lengannya, Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata bahawa beliau sudah "bersedia sepenuhnya" untuk menjalani pembedahan yang akan datang pada Jumaat (1 Mar).

Anggaran Waktu Membaca:
Khaw Boon Wan "bersedia sepenuhnya" untuk jalani pembedahan keretakan lengan

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan. (Gambar: Menteri Khaw Boon Wan/Facebook)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 10:13PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 10:28PM

SINGAPURA: Setelah mengalami keretakan pada bahagian lengannya, Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata bahawa beliau sudah "bersedia sepenuhnya" untuk menjalani pembedahan yang akan datang pada Jumaat (1 Mar).

Pada Isnin, pemerintah mengumumkan bahawa Encik Khaw diberi cuti sakit yang panjang setelah mengalami kecederaan di bahagian lengan kirinya akibat terjatuh.

"Kemalangan saya di rumah ini adalah peringatan kepada semua warga tua untuk tidak lompat dari katil," tulus beliau di satu catatan Facebook pada Rabu (27 Feb).

"Pada usia kami, adalah penting untuk bangun, rasa degupan jantung, berdiri, rasakan bahawa anda sudah stabil sebelum mengambil langkah pertama."

Encik Khaw menambah bahawa beliau akan mengambil masa "beberapa minggu" untuk pulih.

"Saya berterima kasih di atas semua doa dan ucapan anda semua," menurutnya. "Saya dirawat oleh doktor-doktor terbaik dan saya berharap sembuh sepenuhnya."

Sementara itu, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan sudah dilantik sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan bagi rundingan dua hala antara Singapura dengan Malaysia.

Menteri Negara Kanan Lam Pin Min dan Janil Puthucheary, serta Setiausaha Parlimen Kanan Baey Yam Keng, akan membantu Dr Balakrishnan berhubung perkara pengangkutan lain serta perbahasan Jawatankuasa Peruntukan.

Para anggota Parlimen Sembawang juga akan membantu Encik Khaw apabila beliau sedang beransur pulih. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan