Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khairul Rusydi, antara 4 anak muda S'pura diiktiraf sumbang kepada masyarakat Komanwel

Perdana Menteri Lee Hsien Loong kini di London bagi mesyuarat Pertubuhan Komanwel (CHOGM).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 06:34PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:09PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong kini di London bagi mesyuarat Pertubuhan Komanwel (CHOGM).

Beliau sempat bertemu empat belia Singapura yang membuat sumbangan besar kepada masyarakat.

Mengubah kehidupan lebih 3,000 wanita dan remaja perempuan di merata Asia bukan sesuatu yang mudah.

Namun itulah yang berjaya dilakukan Vanessa Paranjothy pada usia semuda 28 tahun.

Pada 2015, beliau dan adik beradiknya menubuhkan Freedom Cups, sebuah perusahaan sosial yang mendermakan satu alat penjagaan diri ketika datang haid dengan setiap alat yang dibeli.

Alat itu diberikan kepada mereka yang kurang akses kepada produk asas menjaga kebersihan diri di negara-negara sedang membangun di Asia.

Isnin lalu (16 Apr), Vanessa menjadi pemenang Anugerah Belia Komanwel rantau Asia.

Anugerah itu diberikan setiap tahun kepada belia-belia berusia antara 15 hingga 29 tahun yang memberi sumbangan besar.

Seorang lagi anak muda yang bertemu PM Lee ialah Khairul Rusydi.

Beliau merupakan pengasas bersama Reactor, yang menjalankan program-program latihan keusahawanan untuk golongan belia.

Rusydi yang menjadi anggota Majlis Belia Komanwel berkata bahawa beliau berharap dapat menganjurkan satu lawatan pembelajaran ke Singapura bagi anggota-anggota belia Komanwel yang lain untuk berkongsi amalan-amalan terbaik.

"Anggota-anggota Majlis Belia yang lain sangat teruja dengan idea ini. Mereka merasakan banyak yang boleh pelajari daripada kita dan kita juga boleh belajar daripada mereka. Saya berpendapat salah satu perkara yang kita mahu perjuangkan adalah kecekapan silang budaya - menarik belia Singapura untuk bekerjasama dengan belia dari negara-negara lain," kata beliau.

PM Lee juga bertemu Putera Andrew di Istana Buckingham.

Mereka menegaskan lagi hubungan Singapura-United Kingdom yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Mereka juga membincangkan cara untuk mengukuhkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Komanwel. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan