Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KFC siasat insiden tempat simpan straw diletakkan di atas kaunter

Tidak. KFC tidak berpatah balik. Straw tidak disediakan di cawangan-cawangan KFC, menurut rangkaian restoran makanan segera itu pada Khamis (11 Okt). Penjelasan itu dibuat selepas satu gambar menunjukkan tempat simpan straw diletakkan di atas kaunter cawangan KFC dan ia dikongsi secara meluas.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC siasat insiden tempat simpan straw diletakkan di atas kaunter

Tempat simpan straw di satu cawangan KFC. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 10:01PM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 10:05PM

SINGAPURA: Tidak. KFC tidak berpatah balik. Straw tidak disediakan di cawangan-cawangan KFC, menurut rangkaian restoran makanan segera itu pada Khamis (11 Okt). Penjelasan itu dibuat selepas satu gambar menunjukkan tempat simpan straw diletakkan di atas kaunter cawangan KFC dan ia dikongsi secara meluas.

Beberapa bulan selepas KFC menyatakan komitmen untuk berhenti menyediakan tutup cawan plastik dan straw, tempat simpan straw digambarkan di sebelah tanda kaunter yang menyatakan "katakan tidak kepada straw". Ia dimuat naik ke laman Facebook pada Rabu (10 Okt).

Cawan-cawan kertas dengan logo KFC kelihatan di latar gambar tersebut.

Dalam emel kepada Mediacorp, KFC menyatakan bahawa ia tahu tentang catatan Facebook itu, dan ia akan bekerjasama dengan restoran-restorannya untuk menegaskan komitmennya terhadap inisiatif tersebut, yang bermula pada Jun lalu.

"Kami tahu tentang gambar yang dikongsi secara meluas dan buat masa ini sedang memeriksa insiden tersebut," menurut KFC.

"Memandangkan kami masih menyediakan straw kepada mereka yang memerlukannya, seperti para pelanggan kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak, restoran kami masih menyimpan beberapa straw dalam tempat simpan bagi para pelanggan seperti ini sekiranya mereka meminta straw."

Namun, KFC menyatakan bahawa tindakan meletakkan tempat simpan straw di kaunter melanggar garis panduan yang sudah ditetapkan.

"KFC masih komited terhadap inisiatif itu dalam usaha membawa perubahan ekologi," tambahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan