Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KFC sajikan hidangan sihat kurang 360 kalori

Resipi adalah hasil kajian yang dijalankan selama setahun dan ujian citarasa pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
KFC sajikan hidangan sihat kurang 360 kalori

(Gambar: KFC Singapore)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 04:21PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 04:24PM

SINGAPURA: Sebut saja tentang makanan sihat, mungkin KFC tidak terlintas di fikiran. Namun rangkaian restoran makanan segera yang terkenal dengan hidangan ayam goreng itu kini cuba merubah imej tersebut dengan hidangan terbarunya.

KFC Signature Grilled Chicken merupakan hidangan ayam yang pertama seumpamanya dihidangkan di restoran makanan segera di Singapura - yang disaluti dengan rempah lada paprika, lada sulah, bawang putih, bawang dan herba.

Menurut KFC, resipi itu adalah hasil kajian yang dijalankan selama setahun dan ujian citarasa pelanggan. Restoran itu juga mendakwa sajian itu mengandungi kurang 360 kalori.

Anda juga boleh memesan salad sebagai sampingan yang sihat untuk melengkapkan hidangan anda.

KFC Signature Grilled Chicken dijual bermula 1 Ogos pada harga S$5.90 bagi pesanan a la carte atau dalam bentuk hidangan 'bundle' bermula pada harga S$8.95.

Hidangan tersebut dijual di kesemua cawangan KFC kecuali di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, Jurong West Street 51, KidZania, Taman Haiwan Singapura dan Toa Payoh Lorong 1.

Sumber : CNA/TQ/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan