Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kewartawanan bermutu penting untuk kekang berita palsu

Kewartawanan bermutu adalah cara penting untuk mengekang berita-berita palsu. Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menekankan demikian di Persidangan Newsroom Asia pada Rabu (8 Mei), yang kembali diadakan di Singapura, selepas 19 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kewartawanan bermutu penting untuk kekang berita palsu

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Diterbitkan : 08 May 2019 08:11PM Dikemas Kini : 08 May 2019 08:12PM

SINGAPURA: Kewartawanan bermutu adalah cara penting untuk mengekang berita-berita palsu.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menekankan demikian di Persidangan Newsroom Asia pada Rabu (8 Mei), yang kembali diadakan di Singapura, selepas 19 tahun.

Demi mengekalkan tahap yang tinggi, bilik-bilik berita di merata Asia, perlu meninjau cara-cara membangunkan kewibawaan dan keupayaannya.

Menurut Encik Iswaran lagi, ia tidak harus satu persaingan hanya untuk menarik tontonan.

Malah apa yang diperlukan adalah memastikan syarikat-syarikat berita, editor dan wartawan terutamanya, menegakkan idea-idea baik dan tahap kekaryawan yang tinggi, menerusi laporan berita yang boleh diyakini.

Persidangan Newsroom Asia turut menyaksikan pelancaran Forum Editor Sedunia, bahagian Asia.

Para anggota pengasasnya termasuk 13 penerbit berita utama Asia termasuk Mediacorp, Singapore Press Holdings, South China Morning Post dan Bernama.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan