Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keupayaan sistem jagaan kesihatan mencukupi untuk tangani COVID-19: Gan Kim Yong

Singapura akan memastikan keupayaan jagaan kesihatan di sini mencukupi untuk memenuhi keperluan bukan saja para pesakit COVID-19 tetapi juga para pesakit lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 06:19PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:03PM

SINGAPURA: Singapura akan memastikan keupayaan jagaan kesihatan di sini mencukupi untuk memenuhi keperluan bukan saja para pesakit COVID-19 tetapi juga para pesakit lain.

Memberikan perkembangan terkini tentang usaha Singapura memerangi COVID-19 di Parlimen pada Rabu (25 Mac), Menteri Kesihatan Gan Kim Yong juga menegaskan peri pentingnya memperlahankan jangkitan virus tersebut, menerusi langkah-langkah seperti jarakan yang selamat.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memberi jaminan, sistem jagaan kesihatan Singapura berupaya untuk menangani keadaan akibat penularan COVID-19.

Namun beliau menarik perhatian, setiap kes yang boleh dielakkan, akan membantu meringankan beban.

"Strategi Singapura adalah memperlahankan kadar jangkitan ke paras rendah selama mungkin.

"Kadar jangkitan yang rendah akan membantu kakitangan kesihatan menjalankan siasatan epidemiologi, pengesanan kontak dan kuarantin kontak rapat supaya mengekang jangkitan berterusan virus itu dalam masyarakat. Ia juga mengekalkan keupayaan jagaan kesihatan untuk merawat kes-kes lebih serius.

"Kita telah melabur banyak pada masa lalu, bagi memastikan kita ada cukup keupayaan untuk menguruskan penularan wabak. NCID dengan 330 katil, dibina khusus dengan keupayaan tambahan dan boleh ditambah kepada 500 katil jika perlu," kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

Singapura telah menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 bagi setiap sejuta orang, berbanding apa yang dilakukan di Korea Selatan dan Taiwan.

Pada keseluruhannya, sekitar 39,000 ujian COVID-19 telah dijalankan di Singapura.

Menurut Encik Gan, ini bermakna 6,800 ujian bagi setiap sejuta orang di Singapura, berbanding sekitar 6,500 yang dijalankan di Korea Selatan dan 1,000 di Taiwan.

Sedang Singapura bersiap sedia menghadapi lebih banyak cabaran dalam bulan-bulan mendatang, Encik Gan juga menegaskan pentingnya tanggungjawab sosial kerana usaha menangani pandemik terletak dalam tangan "bersih" setiap orang. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan