Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keupayaan segera bangkit penting susuli bencana alam

Keupayaan untuk segera bangkit semula adalah unsur penting dalam menangani keadaan selepas berlaku sesuatu bencana.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2019 07:30PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 11:19PM

SINGAPURA: Keupayaan untuk segera bangkit semula adalah unsur penting dalam menangani keadaan selepas berlaku sesuatu bencana.

Ini bermakna mempunyai keupayaan untuk memastikan perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti perbekalan air dan pengangkutan terus berfungsi walaupun ketika dilanda bencana.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo, berkata demikian di acara Dialog Dasar Strategik ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana.

Di samping mempunyai keupayaan dan sumber yang diperlukan, Cik Teo menekankan tentang pentingnya langkah memperkasakan masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk segera bangkit selepas berlaku sesuatu bencana.

Menurut beliau, kemungkinan terjadinya bencana alam semakin meningkat berikutan perubahan iklim.

Negara-negara ASEAN lebih berisiko mengalaminya kerana terletak di rantau yang kerap dilanda bencana alam.

Menurut Cik Teo, ASEAN sudahpun mewujudkan rangka kerja untuk meningkatkan respons dan pengurusan bencana di rantau ini.

Di pihaknya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan mengadakan simposium sulung November ini bagi membincangkan amalan-amalan terbaik bagi pasukan-pasukan kecemasan bertindak pantas.

Tema dialog itu adalah "Membangunkan Daya Bingkas ASEAN Menghadapi Bencana".

Kira-kira 160 pesertanya termasuk para duta besar serta wakil-wakil PBB dan ASEAN.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan