Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keupayaan pembaharuan tentukan jika S'pura boleh bangkit lebih teguh pasca COVID-19

Teknologi, inovasi dan perusahaan memainkan penting bagi pembangunan ekonomi mampan S'pura dalam dunia yang "tidak menentu dan rumit", kata DPM Heng.

Anggaran Waktu Membaca:
Keupayaan pembaharuan tentukan jika S'pura boleh bangkit lebih teguh pasca COVID-19

(Gambar: Facebook/Heng Swee Keat)

Diterbitkan : 05 May 2021 12:12AM Dikemas Kini : 05 May 2021 12:15AM

SINGAPURA: Teknologi, inovasi dan perusahaan memainkan penting bagi pembangunan ekonomi mampan Singapura.

Berucap di pesta inovasi secara maya pada Selasa (4 Mei), Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat juga menekankan pentingnya untuk menyesuaikan diri dengan cepat.

Acara iLab itu menarik 27 syarikat pemula serantau di mana mereka berpeluang menyarankan idea-idea baru dan inovatif.

"Sedang kami mengemudi dunia pasca COVID-19 yang berubah dengan pantas, tidak menentu dan rumit, kita mesti mampu menyesuaikan diri dengan lebih cepat," tekan DPM Heng.

"Keupayaan kita untuk melaksanakan pembaharuan akan menentukan sama ada kita boleh bangkit lebih teguh di dunia pasca COVID-19 ini. Oleh itu, inovasi adalah faktor utama dalam pembaharuan ekonomi kita.

Dianjurkan oleh syarikat Procter and Gamble, acara itu meneroka bagaimana teknologi boleh menghuraikan cabaran-cabaran dalam sektor seperti pengiklanan, runcit dan rangkaian bekalan.

Syarikat-syarikat pemula akan bekerjasama dengan P&G untuk melancarkan projek perintis di merata pasaran Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan