Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keuntungan SMRT menjunam 68% tahun lalu

SMRT meraih keuntungan S$26 juta selepas cukai pada tahun 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2018 05:18PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 09:38PM

SINGAPURA: SMRT meraih keuntungan S$26 juta selepas cukai pada tahun 2017.

Ini bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding S$81 juta yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Menurut laporan terbaru semakan kumpulan di lamannya pada Selasa (27 Mac), pengendali pengangkutan awam itu mengalami kemerosotan S$791 juta pada tahun 2017, berbanding S$811 juta pada tahun sebelumnya, sambil merujuk kepada "tambang purata lebih rendah".

Sehubungan itu, keuntungan SMRT sebelum faedah dan cukai bagi tahun kewangan 2017 dicatat pada S$27 juta selepas meraih S$97 juta pada tahun sebelumnya.

Kemerosotan pada hasil pendapatan itu berlaku menyusuli perbelanjaan operasi, menurut SMRT. Ini disebabkan "perbelanjaan berkaitan penyenggaraan lebih tinggi disebabkan rangkaian kian usang" serta "persiapan menjalankan operasi Lanjutan Tuas West", dedahnya. Lanjutan Tuas West ke Laluan Timur-Barat dirasmikan pada Jun 2016.

Butiran data operasi yang dinyatakan dalam semakan itu menunjukkan jumlah penumpang purata meningkat pada hari biasa, dari 756 juta pada tahun 2016 kepada 768 juta pada tahun 2017.

Sehubungan itu, jarak perjalanan yang dilakukan penumpang turun dari 8,322 kilometer pada tahun 2016 kepada 8,271 juta kilometer pada tahun 2017.

Sumber : CNA/IM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan