Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua pereka tari NDP Zaini Tahir raih inspirasi dari pelajar ITE

ITE adalah antara lima pertubuhan yang akan mengambil bahagian dalam pertunjukan utama NDP

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jul 2018 10:00PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 10:02PM

SINGAPURA: Lebih 600 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan membuat persembahan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini iaitu jumlah penyertaan tertinggi dari ITE.

ITE adalah antara lima pertubuhan yang akan mengambil bahagian dalam pertunjukan utama.

Ketua pereka tari, Encik Zaini Tahir buat masa ini mengetuai jabatan pembangunan seni ITE dan bertanggungjawab bagi kesemua tiga babak dan 3,400 peserta pertunjukan tersebut.

Persediaan berjalan rancak bagi babak pertama segmen pertunjukan NDP iaitu Rakyat Kita, Rumah Kita.

Ini merupakan tahun ketiga Encik Zaini menjadi ketua pereka tari bagi segmen pertunjukan, selain pada tahun 2014 dan 2015.

Menurut beliau, program tahun ini adalah yang paling mencabar untuk diselaraskan terutamanya di bawah pengarah filem dan Ketua Pengarah Kreatif Boo Junfeng.

"Kebanyakan aksi sangat berunsurkan elemen integrasi dan Junfeng sangat percaya akan integrasi. Beliau sangat terperinci sebagai pembuat filem," kata Encik Zaini.

Beliau yang juga tegas di kalangan pelajarnya suka mengajar tarian terutama bagi pelajar ITE.

Beliau percaya mereka menonjolkan kecenderungan dan minat yang mendalam.

"Satu ciri utama ITE - dan saya pernah bekerja dengan NUS dan politeknk lain - mereka punya minat yang amat mendalam dan penuh bersemangat. Saya rasa mereka akan lakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa. Itu yang amat memberi saya inspirasi," tambahnya.

Ia sekali gus membangkitkan semangatnya sebagai seorang guru.  

Sumber : CNA/NU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan