Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketidaksamaan ancam perpaduan S'pura & perlu diteliti, tegas Sylvia Lim

"Mengapa ia begitu penting untuk menunjukkan komitmen kepada matlamat untuk mengurangkan ketidaksamaan dan meningkatkan mobiliti sosial? Kerana ia penting bagi kewujudan kita sebagai sebuah negara."

Anggaran Waktu Membaca:
Ketidaksamaan ancam perpaduan S'pura & perlu diteliti, tegas Sylvia Lim

Pengerusi WP, Sylvia Lim.

Diterbitkan : 28 Feb 2018 11:59PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 12:01AM

SINGAPURA: Berucap di Parlimen pada hari kedua perbahasan Belanjawan, Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim menggesa Pemerintah supaya menyelidik dengan lebih mendalam tentang punca ketidaksamaan di Singapura, sambil berkata isu itu mengancam perpaduan negara.

Cik Lim adalah AP WP yang pertama yang berucap hari ini (28 Feb).

Beliau bertanya, selepas semua inisiatif yang diadakan Pemerintah untuk mengimbangi ketidaksamaan sejak beberapa tahun lalu, sejauh manakah ia tahu tentang kejayaannya mengurangkan ketidaksamaan dan berapa banyak yang perlu dilakukan.

Cik Lim berkata koefisien Gini Singapura, yang menunjukkan pengagihan pendapatan negara, adalah 0.459 sebelum pemindahan Pemerintah pada 2017 dan 0.402 selepas pemindahan.

Memetik ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada bulan Januari lalu, Cik Lim berkata meskipun ini adalah satu peningkatan daripada tahun 2013, ia masih tinggi berbanding negara-negara maju lain.

Data lain juga menunjukkan ketidaksamaan pendapatan yang tinggi di Singapura, kata beliau lagi.

Selain mengambil kira perangkaan itu, Cik Lim menekankan ketidaksamaan menjejas kehidupan sehari-hari rakyat Singapura yang kurang berkemampuan.

"Sementara ibu bapa yang lebih berkemampuan sibuk menghantar anak mereka dari satu kegiatan ke satu kegiatan pengayaan, ibu bapa yang kurang berkemampuan sibuk bekerja dan bimbang tentang sama ada anak-anak mereka yang tidak dipantau akan bercampur dengan pengaruh tidak baik," kata Cik Lim.

"Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah bekerja keras malah ada yang mempunyai dua pekerjaan. Namun masih tidak dapat membayar bil mereka."

Beliau berkata terdapat persoalan-persoalan serius yang wajar diteliti, seperti sama ada keadaan rakyat Singapura yang kurang berkemampuan itu "disebabkan kurang aspirasi atau bakat atau adakah sistem itu sendiri yang secara tidak sengaja menyulitkan mereka untuk meraih kejayaan sehingga menyebabkan ketidaksamaan?"

"Adakah sistem pendidikan kita menghukum mereka yang tiada kelebihan di prasekolah? Adakah dasar-dasar perumahan kita bersifat diskriminasi terhadap mereka yang gagal dalam perkahwinan? Bagaimana kanak-kanak terjejas disebabkan keadaan ibu bapa mereka dan adakah mereka diberi sokongan dan dibantu untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan?"

Cik Lim juga bertanya sama ada Pemerintah sudah menjalankan kajian bebas ke atas mobiliti sosial menggunakan data membujur, berdasarkan pengumuman yang dibuat pada tahun 2013 untuk melakukannya.

"Mengapa ia begitu penting untuk menunjukkan komitmen kepada matlamat untuk mengurangkan ketidaksamaan dan meningkatkan mobiliti sosial? Kerana ia penting bagi kewujudan kita sebagai sebuah negara."

"Kita melafazkan Ikrar setiap hari. Mana mungkin kita mengungkapkan tentang keadilan dan kesaksamaan, kebahagiaan, kemakmuran dan kemajuan untuk negara jika kita berada dalam lingkungan masyarakat yang rakyatnya mengalami ketidaksamaan, yang mana harapan sebahagian daripada mereka seolah-olah semakin menipis dan pasti berdepan kegagalan sementara sebahagian yang lain terus maju?," ujar Cik Lim.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan